assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Wednesday, October 18, 2017

Pulau Perhentian Our Memorable Vacation (but not sweet)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum!

Alhamdulillah masih hidup, masih aman, masih tenang (kadang kadang tak), dan masih bernafas. So here we go. Alhamdulillah vacation tahun ni aku dapat pergi Pulau Perhentian, Pulau Aur dengan Kota Kinabalu, Sabah. Looking forward for more interesting and enjoyable vacation! 

Okay kalau vacation orang suka tanya bajet. 

Sum up everything semua aku habis almost RM 600. Aku pergi Perhentian Kecil (ke eja dia Kechil ?) don't care, haha. 

Aku duduk dekat Fatimah Chalet, kitorang pergi berenam. Dalam chalet tu ada dua king size dengan satu katil bujang.

Ni itinerary aku. Lain orang lain lah itinerary dia kan ! 

27/07/17 
Since aku pergi naik bas dari TBS, so aku memang saja gerak awal. Kena naik bas dari Larkin lepas tu malam baru la gerak dari KL. Cost bas JB-KL-Terengganu (Hentian Besut)
RM 80 (lebih kurang). Hentian besut tu memang dah dekat jeti dia, kalau bas kul 10 malam pukul 5 pagi dah sampai Besut. Dekat dekat dengan jeti tu ada hotel dengan surau. Yang muslim boleh solat subuh dekat situ. Kena ingat eh dekat situ kalau hari jumaat diorg buat sujud tilawah. Jangan ingat ajaran sesat pulak sujud dua tiga kali. Hahahha. 

Ada hotel, nama hotel tu Hotel Ain. Kalau taknak pergi masuk pulau boleh tidur hotel tu patu buat one day trip ke apa masuk pulau. Oh ya, ada kedai tempatan makcik tu ada la jual nasi dagang. Oh ya ada 7 eleven jugak. Kalau nak bungkus makanan dekat sini ya anak anak. Kalau dekat jeti tu sana mahal nak mati. Apatah lagi dekat pulau, Maggi pun RM 8. seolah makan McD. hahaha. 

28/07/17 
Aku bungkus makanan dekat jeti, mahal gila okay. Yelah diorg jual ayam emas agaknya. Aku beli milo ais sementara duduk tunggu agent pun dah RM 3. Nasi dengan lauk ayam RM 11. Kau rasa ? Okay takyah rasa pape, sebab aku yang bayar. Lepas tu nak jadi cerita, agent aku ni dia lepas tangan gila. Ntah dekat siapa siapa dia suruh kitorang jumpa, batang hidung dia pun tak nampak. Okaylah kitorang cool lagi. Lastly naik bot apa semua dalam kul 10 pagi sampai perhentian dalam kul 11 jugak lah. Lepas tu ntah ceruk mana tak silap Coral Bay diorang campak, cakap check in kul 12. Otak dia, ingat aku dari 5 pagi tu kot menunggu apa semua. Bilik tak siap la apa la. Sekali tu dah tunggu dekat setengah jam, diorang cakap bilik tak ada. Haah bergurau, lepas tu bawak kitorang pergi mana tah. Bawak pergi Long Beach, bagi chalet buruk gila. Bilik air dia eeee geli wehh lepas tu satu je katil queen untuk 6 orang !!! Aku call agent cakap dia kena selesaikan jugak masalah lepas tu dia baru bagi chalet yg best. Mahal oi bayar RM 260,memula janji Rock Garden la apa la. Boleh nampak pantai, tempat selesa bagai. Hmm janji dicapati last minute cakap harga naik.

Lepas tu first day tak buat apa sangat. Mandi main pasir feel the joy of the scenery lepas tu dah malam lepak tepi pantai tidur. Perhentian ni banyak anak anak pulau. Yang Long Beach ni kira tenang jugak tapi kalau nak meriah dan ramai gila orang Coral Bay la. 

First day aku makan maggi dengan makanan dari jeti. 

29/07/17 
Snorkelling seharian, the best part aku kan first time snorkelling. So mabuk masa la tu jugak nak datang. Jadinya aku cuma muntah muntah atas bot lepas tu dah. Check point akhir baru aku turun. Takut pun punca aku tak turun. Hahaha. Tapi abang bot bawak kitorang tu sporting, bot kitorang ramai perempuan, dlm 15 orang, sorang je lelaki. Hahaha.
Tapi dah balik rasa rugi gaiss tak turun. Hmm tapi aku suka tarikh ni. 


30/07/17
Naik uber ke Kota Bharu RM 75 utk 6 orang. Okay kira sendiri ya semua. Lepas tu sampai airport tu kitorang makan KFC dulu bagai. Sebab memasing lapar, flight dalam kul 11.30 pg. Pagi pagi dekat perhentian tak sempat makan kitorang kul 7 pagi dah kena tunggu bot. 
Flight  balik KL RM134 (sebab beli ticket lambat, padan muka)

Maka berakhirlah sudah our memorable but not sweet vacation. 

RM 260(pakej utk 6 orang) + RM 134(flight) + RM 80(bas JB-KL- Terengganu)
= RM 474
(tidak termasuk maggi, makanan kunyah kitorang tah apa apa sepanjang perjalanan 

Aku cadangkan kalau pergi perhentian, amek la pakejsiap makan apa semua. Dan bawak duit yang cukup sebab sana makanan mahal sangat. Sampai nak makan roti canai pun aku terpaksa tahan nafsu tunggu balik darat. Hahaha. 

Alhamdulillah, we have our quality time together. 

thanks for make it happen girls :)
Alin,Iqa,Nurul,Kak Zai, Acoy 

Wednesday, June 28, 2017

Kematian Yang Menghidupkan Part 2- Nenek Aku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum!

Itu kisah Joyce, 35 tahun.(refer sini)

Dan kisah aku pulak yg lagi peribadi dan sangat dekat pasal nenek aku yang meninggal baru berapa hari. Masih terbayang bayang dan segar depan mata.

Nama arwah Zaleha Binti Jantan, umur 73 , meninggal sebab strok dan penyakit lain. 
Nenek aku kena strok dua minggu sebelum aku kerja dekat company sekarang.
Masa tu aku tgh tunggu hari untuk resign dari company lama. Aku balik untuk Raya Haji tahun lepas , masa raya pertama lah arwah kena. Masa tu ikut perancangan aku sendiri, aku nak duduk JB dua minggu dan terus cari kerja semula dekat Melaka. 


Perancangan hanya tinggal perancangan.Aku lupa Allah mengatur segalanya. Masa tu takde org lain, ikut perbincangan keluarga aku kena jaga. Mak cakap boleh ke sedangkan aku tak pernah jaga orang tua. Salin pampers, bagi makan dan segala macam keperluan. 

Aku jujur cakap, memang dalam hati taknak. Tapi siapa lagi nak buat, lagipun sepanjang aku belajar dah banyak atok nenek aku tolong. Singkatkan cerita, aku jaga dia untuk 2 minggu. Minggu kedua aku pergi interview dan terus dapat kerja. Kerja pertama aku IV dekat JB dan terus dapat.

Allah, mungkin berkat doa dia jugak dan doa mak aku. 

Selama 9 bulan (dari Oktober- June) aku pun dengan mak aku ulang alik tiap hujung minggu rumah  pakcik/makcik aku yg ada dia. Sebab mak aku cakap nak tgk dia, tak tgk mak aku tak senang hati. Macam macam jadi yang menguji iman dan sebagainya. Bukan senang jaga orang tua. Nenek aku tak banyak karenah tapi Allah takkan hadirkan ujian untuk dia dan untuk kita di sekeliling mempelajari. 

Aku suka tgk adik beradik mak aku, berebut nak jaga. Saat ni jugak aku belajar, kahwin tu bukan semata kau nak suka suka. Yang menantu kena terima kalau mak ayah mertua sakit, faham keadaan suami/isteri. Tu salah satunya. Seterusnya aku belajar, waktu isteri/suami sakit bukan masa nak cari lain. Tapi waktu tu kena sedia berkorban wang ringgit dan kena faham yang pasangan perlukan sokongan. 

Selama 9 bulan atok (nenek aku ni, kitorg panggil atok kecik) sakit macam macam aku belajar. Di waktu dia sakit, dia memang jaga solat dia. Solat malam , baca Quran dan kita kalau jadi anak kena ambilkan wudhu untuk emak/ayah yang sakit. Dosa dia kalau tak solat tu jatuh pada kita. Dia dah terbaring, kalau dia tak solat salahlah kita. Itu pentingnya didik diri jadi soleh/solehah dan tuntut ilmu agama. 

Saat akhir kematian dia, anak anak atok semua dapat mengadap. Rezeki atok sebab semua cucu dia pun ada. Sepupu aku ni ada 3 org yg belajar dekat Gontor, Indonesia. 
Diorang hanya akan balik cuti panjang waktu bulan puasa dan raya. Alhamdulillah, atok aku meninggal 10 June /11.45 p.m. & 15 Ramadhan. 

Selamat dikebumikan esoknya 11 June. Ramai yang datang dan rezeki atok jugak. Ada orang nak sedekahkan bacaan 30 juzuk Al Quran. Kitorg tak mintak tanpa sebarang upah atau apa. Tapi sebuah pusat tahfiz ni yang nak dengan rela hati. 

Selamat berehat atok. Semoga tenang di sana. Kami sayangkan atok dan Allah lebih sayangkan atok. 

Moga mati kita dalam khusnul khatimah, insyaAllah. 
Mak aku pesan jangan lupa doa ni dalam setiap solat dan sujud kita. 

Yang tua atau muda pasti mati. 
Cuma cepat atau lambat menjadi perhitungan.







Kematian Yang Menghidupkan Part 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Assalamualaikum!

Harini(28/06) baru aku bukak balik post yang draft ni.Tahun 2017  aku hilang dua orang dalam hidup aku. 

Yang muda dan tua. Yang muda tu headteam aku, Joyce (chinese) meninggal selepas bersalin. Dia sempat hidup dua jam lepas tu ajal tak panjang, dia meninggal. Ikutkan cerita dia dapat peluk anak dia lepas tu meninggal. Dia meninggal 16/05 maknanya dah sebulan lebih masa aku update cerita ni. 

Anak dia comel dan sangat putih. Yelah dah nama anak cina. Tkkan nak gelap mcm anak orang Zimbabwe. Joyce tu baik, sangat baik . Sembilan bulan dulu aku masuk kerja dengan kosong. Yg aku tau shipping tu apa maksudny dalam Bahasa Melayu tu je. Pasal port , Johor port dan semua tu aku tak tau. Since aku customer service, customer ni suka tanya pasal sailing schedule, tu pun aku tak tau. 
Banyak dia ajar aku. Aku masa mula mula dia pergi macam sasau jugak. Masa tu aku demam dah nak kebah. Tapi bila dia dapat tau dah deliver dan koma lagi lah mcm terus teruk.Isnin datang kerja bos cakap dia dah deliver esoknya waktu pagi(Selasa) kitorg meeting. Nak restructure kerja, nak cakap apa Joyce tinggalkan dan pastikan nak kitorg buat. 

Meeting dengan sales dept dan kitorg (booking team). Floor aku pun ada dua ni je dept sebab kitorg saling berkait. Mr Davies (HOD) aku siap cakap, untuk get ready for anything. Mana tau kalau kena derma darah ke apa. Pukul 12 ramai nak pergi melawat dia rupanya Joyce dah pergi pagi tu lagi masa kitorg meeting.

Semua senyap je, yg ada hanya tangisan. Aku rasa mcm tak percaya, luluh jantung. Hari Jumaat sebelum tu aku baru gurau cakap dengan dia. 

Aku cakap, 
"eh perut you besarnya, mcm nak meletup dah""I dah cakap dengan dia, jangan meletup dulu I banyak kerja lagi"

Suddenly she gone. Balik kerja aku demam. Hari Rabu diorg pergi sesi penghormatan. Aku tak mampu, demam teruk.

Dari peristiwa tu nak move on bukan senang. Automatik segala kerja jadi berubah. Aku kena belajar cepat. Kadang aku memberontak sebab aku rasa kerja banyak, tapi nak buat camne, aku kena buat. Orang lain pun kerja banyak. Aku rasa sampai satu masa aku give up. Aku tak tau nak refer siapa untuk semua persoalan aku. 

Aku doa pada Allah , biarlah DIA tunjuk jalan untuk semua kerja yang banyak ni. 
Sampai begitu sekali Allah uji, bukan senang. Ada kala aku rasa malu dengan DIA. Aku belajar agama, tapi aku boleh tanya mak aku dan org terdekat aku, dia tu aku boleh sedekahkan Yaasin ke doa tak. Mana tau masuk syurga. 

Sampai lah pakcik aku tegur,"Ini soal akidah, jangan buat main"

Allah. terdiam aku. hanya mampu doa supaya Allah beri hidayah untuk anak dia yg lahir tu atau mungkin ahli keluarga dia yang masih hidup.

Ini kisah Joyce, 35 tahun. 









Thursday, February 23, 2017

Wanita Terakhir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

Sekarang ni semua nak hashtag #neelofattah #lofattah okay whatever. Aku sendiri takdelah minat diorang as a couple. Aku suka tengok Neelofa tu sebab dia pandai bijak cantik lagi. Okay ni girl's crush bukan sebab aku suka dia tahap nak ajak kahwin. Cuma jujur cakap aku menyampah jugak kadang tengok peminat ni over. Kau doakan aje lah diorang. Takkan baru kenal terus nak kahwin kan. 

Lagu Fattah tu best jugaklah. Aku suka lirik dia, dia nyanyi pun okay tapi pada aku better dia sebagai pelakon je kot. Hahah. 


Aku bukan wanita terakhir pada sesiapa lagi setakat ni hehe. Lirik dia sweet la weh yelah dah sampaikan dari hati.

Aku dah mula rasa tua ah bila tengok member kiri kanan semua kahwin. Tapi aku rasa tak salah kot aku umur 23 dan masih belum memasang cita cita nak kahwin kan ? Aku pasang impian nak kumpul duit beli rumah dulu :) 




Sunday, February 12, 2017

Aku Tak Puas Hati Kenapa Aku Perempuan Dan ....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

Ya Allah tajuk mak aihh macam marah sangat tuuuuu. Okay btw, kereta Axia JRH 2064 aku tu dah setahun beberapa hari lalu. Alhamdulillah, terus terang cakap bukan hasil usaha aku. Mak aku berjimat cermat dan lepas tu dapatlah kumpul duit dan beli kereta. Secara bertulisnya kereta tu nama mak aku walaupun tiap bulan aku bayar ha gitu. 

So aku sangat sayang kereta aku tu. Aku rasa kalau suami mahu peluk cium aku dekat dia masa anniversary haritu. 

Jadinya , masa beberapa hari lalu jugak lepas balik kerja macam biasa. Aku lalu jalan jammed nak balik rumah. JB ni kalau hari hari tak jammed tak sah. Laluan aku depan Giant Plentong tu hari hari jammed. Macam nak maki maki sekor sekor je driver tak berhemah. 

So haritu aku accident. Aku rasa macam eh apesal macam kena langgar. Aku baru bagi signal dan unjukkan kereta ke kiri(masa tu kereta aku dekat lane kanan) terus kereta dari belakang dengan lajunya pap! langgar dan sagat kereta aku. Wehhhh, apehal. Aku berhenti tepi lepas tu tengok muka orang tu tak bersalah. Dia siap boleh cakap , "Kereta saya macam mana?"

Sabar je la. Aku pun baru tau nak rasa cuak, yelah driver dan penumpang dia lelaki. Aku berhadapan dengan dua orang lelaki. Okay memandangkan aku perempuan dia pandang kecik je, tau ! Menyampah betul. Serious mcm nak tumbuk dia. Aku masih ingat aku perempuan jadinya aku terus balik. 


Aku memang tak puas hati mentang mentang aku perempuan kau lecehkan aku. Malam tu punyalah laju mulut aku maki maki. Mak aku cakap, 

"Alhamdulillah, takde benda lebih buruk jadi"

Aku terus terfikir sejak tu, aku nak kahwin untuk cari seorang bodyguard dan driver. Haah boleh sangattttt macam tu =='


Birthday Wish To Nur Haziqah Russli

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 assalamualaikum!

FB : Nur Haziqah Russli


Aku memang dah lama tak buat benda gini sebab aku bab wish orang macam malas sebab aku selalu rasa tkpe kot doa dalam diam untuk dia. Gitu. Memandangkan harini Ahad dan aku macam rajin jadinya takpelah aku wish dia.

So happy birthday yang ke 23 ! Dah boleh start cari jodoh sebelum mak kau carikan. Budak yang kalau kau pergi travel dengan dia paling power cari jalan dan buat itinerari. Dia akan tolong buat sebiji sebiji even sesi bergambar pun ada dalam tentatif ! 

Be happy and may Allah bless.




Friday, January 6, 2017

Azam 2017 Tak Sangka Jugak Aku Ada Azam

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


 assalamualaikum!

Hi semua. Jadinya tahun 2016 aku berjaya dengan cemerlangnya untuk menulis di dalam blog ini sebanyak 4 entri. Haah berjaya la sangat urgh =='

Happy new year semua orang ! Selamat tahun baru masihi ! May All your dream comes true. Semoga lebih kaya dan berjaya tahun 2017 ni. Haih semangatnya Ain jangan over sangat please. Nanti ada yang cop kau bukan Islam tegar sebab sambut new year instead :P

Azam tahun 2017 aku nak jadi kaya raya serta beriman. Nak travel tempat best best dan stabilkan karier.

Alhamdulillah aku dah dapat surat confirmation dan sekarang mengorak langkah sebagai Unit Trust Consultant.Doakan aku gais