assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Wednesday, June 28, 2017

Kematian Yang Menghidupkan Part 2- Nenek Aku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum!

Itu kisah Joyce, 35 tahun.(refer sini)

Dan kisah aku pulak yg lagi peribadi dan sangat dekat pasal nenek aku yang meninggal baru berapa hari. Masih terbayang bayang dan segar depan mata.

Nama arwah Zaleha Binti Jantan, umur 73 , meninggal sebab strok dan penyakit lain. 
Nenek aku kena strok dua minggu sebelum aku kerja dekat company sekarang.
Masa tu aku tgh tunggu hari untuk resign dari company lama. Aku balik untuk Raya Haji tahun lepas , masa raya pertama lah arwah kena. Masa tu ikut perancangan aku sendiri, aku nak duduk JB dua minggu dan terus cari kerja semula dekat Melaka. 


Perancangan hanya tinggal perancangan.Aku lupa Allah mengatur segalanya. Masa tu takde org lain, ikut perbincangan keluarga aku kena jaga. Mak cakap boleh ke sedangkan aku tak pernah jaga orang tua. Salin pampers, bagi makan dan segala macam keperluan. 

Aku jujur cakap, memang dalam hati taknak. Tapi siapa lagi nak buat, lagipun sepanjang aku belajar dah banyak atok nenek aku tolong. Singkatkan cerita, aku jaga dia untuk 2 minggu. Minggu kedua aku pergi interview dan terus dapat kerja. Kerja pertama aku IV dekat JB dan terus dapat.

Allah, mungkin berkat doa dia jugak dan doa mak aku. 

Selama 9 bulan (dari Oktober- June) aku pun dengan mak aku ulang alik tiap hujung minggu rumah  pakcik/makcik aku yg ada dia. Sebab mak aku cakap nak tgk dia, tak tgk mak aku tak senang hati. Macam macam jadi yang menguji iman dan sebagainya. Bukan senang jaga orang tua. Nenek aku tak banyak karenah tapi Allah takkan hadirkan ujian untuk dia dan untuk kita di sekeliling mempelajari. 

Aku suka tgk adik beradik mak aku, berebut nak jaga. Saat ni jugak aku belajar, kahwin tu bukan semata kau nak suka suka. Yang menantu kena terima kalau mak ayah mertua sakit, faham keadaan suami/isteri. Tu salah satunya. Seterusnya aku belajar, waktu isteri/suami sakit bukan masa nak cari lain. Tapi waktu tu kena sedia berkorban wang ringgit dan kena faham yang pasangan perlukan sokongan. 

Selama 9 bulan atok (nenek aku ni, kitorg panggil atok kecik) sakit macam macam aku belajar. Di waktu dia sakit, dia memang jaga solat dia. Solat malam , baca Quran dan kita kalau jadi anak kena ambilkan wudhu untuk emak/ayah yang sakit. Dosa dia kalau tak solat tu jatuh pada kita. Dia dah terbaring, kalau dia tak solat salahlah kita. Itu pentingnya didik diri jadi soleh/solehah dan tuntut ilmu agama. 

Saat akhir kematian dia, anak anak atok semua dapat mengadap. Rezeki atok sebab semua cucu dia pun ada. Sepupu aku ni ada 3 org yg belajar dekat Gontor, Indonesia. 
Diorang hanya akan balik cuti panjang waktu bulan puasa dan raya. Alhamdulillah, atok aku meninggal 10 June /11.45 p.m. & 15 Ramadhan. 

Selamat dikebumikan esoknya 11 June. Ramai yang datang dan rezeki atok jugak. Ada orang nak sedekahkan bacaan 30 juzuk Al Quran. Kitorg tak mintak tanpa sebarang upah atau apa. Tapi sebuah pusat tahfiz ni yang nak dengan rela hati. 

Selamat berehat atok. Semoga tenang di sana. Kami sayangkan atok dan Allah lebih sayangkan atok. 

Moga mati kita dalam khusnul khatimah, insyaAllah. 
Mak aku pesan jangan lupa doa ni dalam setiap solat dan sujud kita. 

Yang tua atau muda pasti mati. 
Cuma cepat atau lambat menjadi perhitungan.







Kematian Yang Menghidupkan Part 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Assalamualaikum!

Harini(28/06) baru aku bukak balik post yang draft ni.Tahun 2017  aku hilang dua orang dalam hidup aku. 

Yang muda dan tua. Yang muda tu headteam aku, Joyce (chinese) meninggal selepas bersalin. Dia sempat hidup dua jam lepas tu ajal tak panjang, dia meninggal. Ikutkan cerita dia dapat peluk anak dia lepas tu meninggal. Dia meninggal 16/05 maknanya dah sebulan lebih masa aku update cerita ni. 

Anak dia comel dan sangat putih. Yelah dah nama anak cina. Tkkan nak gelap mcm anak orang Zimbabwe. Joyce tu baik, sangat baik . Sembilan bulan dulu aku masuk kerja dengan kosong. Yg aku tau shipping tu apa maksudny dalam Bahasa Melayu tu je. Pasal port , Johor port dan semua tu aku tak tau. Since aku customer service, customer ni suka tanya pasal sailing schedule, tu pun aku tak tau. 
Banyak dia ajar aku. Aku masa mula mula dia pergi macam sasau jugak. Masa tu aku demam dah nak kebah. Tapi bila dia dapat tau dah deliver dan koma lagi lah mcm terus teruk.Isnin datang kerja bos cakap dia dah deliver esoknya waktu pagi(Selasa) kitorg meeting. Nak restructure kerja, nak cakap apa Joyce tinggalkan dan pastikan nak kitorg buat. 

Meeting dengan sales dept dan kitorg (booking team). Floor aku pun ada dua ni je dept sebab kitorg saling berkait. Mr Davies (HOD) aku siap cakap, untuk get ready for anything. Mana tau kalau kena derma darah ke apa. Pukul 12 ramai nak pergi melawat dia rupanya Joyce dah pergi pagi tu lagi masa kitorg meeting.

Semua senyap je, yg ada hanya tangisan. Aku rasa mcm tak percaya, luluh jantung. Hari Jumaat sebelum tu aku baru gurau cakap dengan dia. 

Aku cakap, 
"eh perut you besarnya, mcm nak meletup dah""I dah cakap dengan dia, jangan meletup dulu I banyak kerja lagi"

Suddenly she gone. Balik kerja aku demam. Hari Rabu diorg pergi sesi penghormatan. Aku tak mampu, demam teruk.

Dari peristiwa tu nak move on bukan senang. Automatik segala kerja jadi berubah. Aku kena belajar cepat. Kadang aku memberontak sebab aku rasa kerja banyak, tapi nak buat camne, aku kena buat. Orang lain pun kerja banyak. Aku rasa sampai satu masa aku give up. Aku tak tau nak refer siapa untuk semua persoalan aku. 

Aku doa pada Allah , biarlah DIA tunjuk jalan untuk semua kerja yang banyak ni. 
Sampai begitu sekali Allah uji, bukan senang. Ada kala aku rasa malu dengan DIA. Aku belajar agama, tapi aku boleh tanya mak aku dan org terdekat aku, dia tu aku boleh sedekahkan Yaasin ke doa tak. Mana tau masuk syurga. 

Sampai lah pakcik aku tegur,"Ini soal akidah, jangan buat main"

Allah. terdiam aku. hanya mampu doa supaya Allah beri hidayah untuk anak dia yg lahir tu atau mungkin ahli keluarga dia yang masih hidup.

Ini kisah Joyce, 35 tahun.