Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum!

Haiii semua oranggg :) aku nak bagitahu ni yang aku dah pecahkan rekod kehidupan aku sendiri dengan masuk temple untuk pertama kalinya pada 1 Sept(Sabtu) dan pergi wedding orang India. Sebelum sebelum ni selalu pergi majlis nikah kawan kawan Melayu je lepas tu kira dah hafal habis la majlis diorang camne. Ada officemate aku yang invite the whole office untuk attend majlis dia. Tapi aku pelik sikit la kalau kita kan majlis nikah tu macam belah perempuan, lepas tu resepsi belah perempuan dan laki laki. Tapi kawan ofis aku ni dia terbalik, nikah belah lelaki resepsi belah perempuan je macamtu. 


Aku guna istilah nikah supaya senang faham la. Aku tanya dekat kawan aku memang perempuan yang akan pergi belah lelaki ke ? Diorang cakap taklah, memang perempuan pun selalunya yang dikunjungi lelaki. Tapi mungkin pengantin ni ada sebab kenapa majlis kahwin dia buat belah lelaki dulu. 


Masa ni aku baru balik dari kerja malam,Airish yang pick up aku dekat rumah dan hantar balik. Rabak tak rabak la mata masa tu. Masa sampai tu,pintu masuk tu terus menghadap dewan kahwin kitorang pun masuk la dalam tu. Masing masing dah lapar masa ni dengan harapan majlis dah nak habis ke kitorang datang dah boleh terus makan la. Hahaha. Perangai ><


Sekali tu dapat tahu majlis kahwin tak start lagi, diorang tengah baca baca untuk pengantin lelaki dengan perempuan. Baca baca tu pengantin je faham sebab bacaan tu dalam bahasa sanskrit and translation pengantin je la boleh dengar, kitorang pun duduk bawah. Macam kalau kita ni umpama khutbah nikah tapi masa bacaan tu aku tengok pengantin lelaki je ada sebab pengantin perempuan tengah tukar baju. 

Lepas tu dah masa majlis nak mula, pengantin perempuan dan semua geng dia akan berarak dari pintu masuk diiringi tiupan trumpet dan gendang. Diorang bawak lilin tak silap aku dekat tangan, pengantin perempuan pegang bunga. Lepas tu naik atas pelamin tu ada la baca baca lagi, dan akhirnya diorang dikatakan sah bila pakai tali dengan calit warna merah tu dekat kepala tak silap aku. 

Lepas dah sah tu barulah diorang akan pusing api tiga kali yang selalu kita nampak dekat tv. Diorang cakap kalau Hindi marriage sambungkan hujung baju perempuan dengan baju lelaki. Kalau Tamil marriage cuma pegang tangan dan jalan keliling api. Lepas dah keliling api, pengantin lelaki akan pakaikan cincin dekat ibu jari perempuan. Lepas tu diorang ada game cincin masukkan dalam air siapa yang menang. Lepas tu sesi makan, makanan diorang veggie ada dal,ada terung,kentang dengan soy milk. Soy milk tu nampak macam ayam tapi bukan. Lepas tu papadom, vadei pun ada la. Aku boleh kata makanan yg aku suka tu soy milk dekat situ sebab dia sedap. 




Airish and me hehe



Syah,Viidya and me 

Syah and Airish

Dua dua nampak cantik sangat dengan saree and punjab ke apa tah
baju Airish pakai tu

The Onion's missing Amoi from the picture

Budak budak office sekali hehe


Yang baju hijau tu Kak Ily dan ni lah gambar pengantin

Happy marriage Gunalan and wife ! 


Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga Untuk Pertama Kalinya !

Aku Rindu Blogging Sangatttt