Posts

Showing posts from August, 2019

Yeayyy !! Aku Dapat Beli Rumah Pada Umur 25 :)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
 assalamualaikum!
Hi,people ! Alhamdulillah rasa nak melompat lompat sebab akhirnya salah satu wishlist aku tercapai. Aku rasa syukur sangat dan sebak sikit dan tak sangka banyak sebab akhirnya dapat juga beli rumah pada usia 25 tahun. 
Aku bukan nak buat ucapan ye anak anak sekalian. Sebenarnya, aku ni salah sorang yang selalu memasang angan angan untuk boleh travel sana sini, beli rumah, makan apa aku nak dan buat macam macam pada usia muda. Aku tak tahu kenapa tiga tahun lepas bila aku start kerja, memang impian aku nak beli rumah lepas tu pasang impian nak sewakan dan hasil duit sewa boleh la beli Honda. HAHAHAHA ini kan yang selalu pakar hartanah atau orang kebanyakkan impikan. Tapi, tak semua yang kita nak adalah terbaik untuk kita. 

Family aku bukan orang senang sebab rumah lama kitorang pun flat je. Lepas tu aku pun sebenarnya tak kisah pun duduk rumah tu sebab dah selesa. Tapi, aku memang rajin la tanya agent rumah sana sini. Lepas tu selal…

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 
Assalamualaikum!
Alhamdulillah, dah setahun rupanya aku kerja dekat Maersk ni.  Maersk ni kira macam company ketiga lepas aku grad. Company pertama tu aku kerja dengan tempat aku intern --Putra Specialist Hospital (Melaka) , COSCO (JB) anddddd Maersk hehe. 

Maersk ni dari dulu sebenarnya aku taktau pun dia la company yang semua orang idamkan. Truly said aku taktau kenapa Maersk ni semua orang nak sangat masuk. Aku apply sebab masa tu aku nak sangat keluar dari COSCO. Masa tu aku dah setahun berapa bulan tah dekat COSCO rasa macam dah konon terseksa sangat la tu yang semua kerja shipping ke forwarding aku apply je dekat Jobstreet. 

Nak jadi cerita, susah juga nak jump kerja ni. Sebab apa korang tahu ?Meh akak cerita sikit. Shipping line and forwarding ni terlalu besar. Dia macam ada level dia dari paling bawah bawak sampai ke paling atas la. Aku pulak bukan dari bidang ni jadinya aku nak jump aku tak ada ilmu dan pengalaman yang aku boleh dabik dada.…