Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, dah setahun rupanya aku kerja dekat Maersk ni.  Maersk ni kira macam company ketiga lepas aku grad. Company pertama tu aku kerja dengan tempat aku intern --Putra Specialist Hospital (Melaka) , COSCO (JB) anddddd Maersk hehe. 

Maersk ni dari dulu sebenarnya aku taktau pun dia la company yang semua orang idamkan. Truly said aku taktau kenapa Maersk ni semua orang nak sangat masuk. Aku apply sebab masa tu aku nak sangat keluar dari COSCO. Masa tu aku dah setahun berapa bulan tah dekat COSCO rasa macam dah konon terseksa sangat la tu yang semua kerja shipping ke forwarding aku apply je dekat Jobstreet. 

Nak jadi cerita, susah juga nak jump kerja ni. Sebab apa korang tahu ?Meh akak cerita sikit. Shipping line and forwarding ni terlalu besar. Dia macam ada level dia dari paling bawah bawak sampai ke paling atas la. Aku pulak bukan dari bidang ni jadinya aku nak jump aku tak ada ilmu dan pengalaman yang aku boleh dabik dada. Gitttuuu. 

Aku cuma ada modal, "I am customer service at COSCO Shipping Lines before this known as Costar before it merge with branch in Malaysia and using name COSCO. Currently only handle local export and fully on booking system in COSCO" 

Bila orang tanya tau buat import ?Aku geleng. Tau buat selain dari booking ?Aku lagi lah taktau. Aku cuma tahu kerja COSCO tu. COSCO tu liner bila customer sebut sebut, aku Google tanya orang sini sikit baru tau liner tu yang ada kapal dan dia bagi space untuk orang ship out barang diorang. 

Kiranya logistics ni bukan sekadar bawak lori hantar barang lepas tu dah. Perjalanan dengan dokumen sangat lah panjang. 

Logistics mungkin merangkumi - transportation and forwarding dari kilang or warehouse. 
Lepas tu nak bawak ke pelabuhan tu ada banyak liner - ha kau pilih mana nak. Hahaha. 


Liner ada COSCO salah satunya, ZIM, Maersk, Hamburg Sud, CMA , Interasia dannnn banyak lagiii. Umpama analogi mudah kau nak pergi jalan naik bas dekat stesen bas tu tapi dekat sana kan kau ada banyak pilihan. Ha sama lah , cuma barang yang kau nak ship out tu tkdelah dia pilih nak naik kapal apa, kena ada manusia yang pilihkan. Tu la wujudnya forwarding agent ? Kotlah. 

Kejap, aku nak cerita apa ni ? hahaha. aku nak cakap bila kau nak jump kerja, 





  • Jangan membuta tuli apply macam aku main sebarang je bila hadir interview kau tak tau nak apply position tu untuk apa lepas tu memang kau kaki goreng, interviewer semua kau goreng. Tapi bila dapat position tu kau macam taknak sebab gaji kecik lah, rasa tak boleh fit in la dengan jawatan baru. Apply yang kau yakin tu kau boleh buat dan kau yakin akan bantu career growth kau.


  • Kenal potensi diri kau untuk apa, jangan sebab nak yakinkan interviewer kau cakap semua kau boleh buat. Kalau tak tahan pressure, cakap! Sebab bila kau cakap yes lepas tu dalam waktu kau diterima bekerja tu diorang ada satu expectation dah dekat kau. 

  • Company kau nak jump tu meyakinkan ke tak. Sebab apa ?Contohnya kau kena tengok berapa banyak kali diorang advertise vacancy,sebab kalau banyak kali maknanya company tu high turnover. Maknanya orang banyak kali keluar masuk. Fikirkan itu juga ya anak anak. Jangan lupa, kedudukan kewangan, perubahan dalam management pun kalau rasa perlu untuk tahu pun boleh. 

  • Consider gaji yang lebih besar untuk kerja baru, tapi idea ni tak semua orang boleh apply. Sebab ?Keperluan dan kehendak orang lain lain. Ada orang yang rasa cukup dengan ada gaji kecik asalkan dia ada masa dengan family. Ada orang yang nak hempas pulas, gaji besar kerja macam separuh mati asalkan tua esok senang. Itu kalau sempat tua,kan ? Tapi nasihat aku pada fresh grad jangan rendahkan jawatan kau yang sedia ada kepada yang lebih rendah

  • Pastikan kau dekat company lama dah setahun atau lagi baik sebenarnya dua atau tiga tahun. Sebab setahun tu minimum sangat untuk kau belajar sepak terajang dunia kerja. Dunia kerja untuk first job terlalu banyak kau jumpa dan tak mungkin kau boleh adapt semua. Jadinya bila masuk next company, kau jumpa orang yang perangai sama, sama situasi dari bos, kau still rasa .... eh ada lagi kat sini situasi yang sama? Belum lagi cerita company lama punya ilmu kot ada lagi kau tak serap habis. Tapi kalau maksimum duduk company lama adalah tiga tahun. 


  • Lokasi company baru.Sebab ?Ini bersangkut paut dengan gaji dan jadual kehidupan seharian kau lepas dah terima kerja tu. Tempat kerja baru memerlukan berapa lama perjalanan kau ?Kalau berkereta kena fikir nak drive, masa nak siap gi kerja, lepas tu perlu sewa bilik ke. Kalau aku dulu office hour, rumah 20 min dari office, tapi aku nak pindah sebab tahu Maersk bagi gaji lebih kerja gila gak ah. Semuanya bersangkut, lokasi -- masa - duit -- tol -- makan. 


Semoga dipermudahkan urusan sesiapa yang tengah nak cari kerja untuk tukar kerja. Anyway, banyak lagi tips tapi aku rasa macam tu semua pada individu masing masing. Kau je tahu apa kau nak dalam hidup kau. Nak kerja apa, kat mana, apa tujuan , dan macam mana kerja kau tu boleh bahagiakan kau. Kan ?

At the end of the day, orang cuma nak bahagia.Bahagia tu bukan melalui duit :)
It is pricless and so precious.
                               




Comments

Salam. Awak kerja kat Maersk sbg apa ya? Saya baru apply jawatan customer service. Nak tau jugak ok ke kalau kerja bhgn CS kat Maersk ni?

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga Untuk Pertama Kalinya !

Aku Rindu Blogging Sangatttt

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple