Yeayyy !! Aku Dapat Beli Rumah Pada Umur 25 :)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

Hi,people ! Alhamdulillah rasa nak melompat lompat sebab akhirnya salah satu wishlist aku tercapai. Aku rasa syukur sangat dan sebak sikit dan tak sangka banyak sebab akhirnya dapat juga beli rumah pada usia 25 tahun. 

Aku bukan nak buat ucapan ye anak anak sekalian. Sebenarnya, aku ni salah sorang yang selalu memasang angan angan untuk boleh travel sana sini, beli rumah, makan apa aku nak dan buat macam macam pada usia muda. Aku tak tahu kenapa tiga tahun lepas bila aku start kerja, memang impian aku nak beli rumah lepas tu pasang impian nak sewakan dan hasil duit sewa boleh la beli Honda. HAHAHAHA ini kan yang selalu pakar hartanah atau orang kebanyakkan impikan. Tapi, tak semua yang kita nak adalah terbaik untuk kita. 


Family aku bukan orang senang sebab rumah lama kitorang pun flat je. Lepas tu aku pun sebenarnya tak kisah pun duduk rumah tu sebab dah selesa. Tapi, aku memang rajin la tanya agent rumah sana sini. Lepas tu selalu la fikir nak juga beli aset muda muda sebab dengan harapan esok tua aku goyang kaki je. Ingat nak beli flat ke apartment murah murah lepas tu sewakan tapi bila bulan March haritu mak aku sakit kaki sampai aku rasa mungkin ni la masa dia kena beli rumah landed jugak. Walaupun rumah tu mahal mungkin akan menyebabkan gaji bulanan aku banyak terbang dekat rumah tu.


Nak pendekkan cerita, aku ni merata cari rumah. Dari Pasir Gudang sampai ke Gelang Patah nun sana.Kalau orang JB ni tahu la maksudnya dari hujung ke hujung. Susah sebab aku tak berduit sangat dan harap dapat full loan. Kecewa juga sebab orang cakap gaji mcm ni dengan tkde komitmen tak boleh nak full loan. Aku siap ada kan kad kredit untuk nampak macam ada komitmen. Sebenarnya aku ada je komitmen bayar kereta tu semua cuma dekat bank kereta aku tu atas nama mak aku jadinya nama aku ni nampak clear dkt bank. Rasa nak pegi explain dekat orang bank je tetiap bulan komitmen aku macam mana. HAHAHA BARU TAHU EH JADI DEWASA SUSAH ?


Cari punya cari, alhamdulillah bertembung dengan agent yang senang dan mudahkan kerja orang. Aku dapatlah beli rumah ni dengan full loan tapiii ada kesilapan masa aku anggap semua full loan. Nanti aku cerita lagi hehe :)



Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Temuduga Untuk Pertama Kalinya !

Aku Rindu Blogging Sangatttt

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple