assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Sunday, July 17, 2016

Lepas Grad Nak Buat Apa ?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

Alhamdulillah, it is July already! Dah nak habis bulan pun. Entri blog pun baru yang kedua untuk 2016 hihi. Disebabkan aku pemalas, aku rasa nak menulis blog tu kena ada idea mencurah bak air terjun jadinya aku suka menunda nunda. Haih. 

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. So much to say Alhamdulillah actually. Dah berjaya siapkan thesis dengan jayanya (err la sangat kan) dan dah viva yeayyyyyy wuhuuuu ! 

Aku pun macam tk sangka dalam diam tk diam dalam sakit hati tu dekat tempat kerja dah sebulan lebih jugak aku kerja. Rezeki Allah beri sungguh aku tak sangka. Tak sempat merasa menganggur semua tu dah kerja walaupun hari hari pergi kerja dengan perasaan malas. Fuhhhh jujur cakap hari hari rasa nak berhenti. 

Gaji memang tk best pun. Tapi apa nak buat ? Kita cekau je dulu peluang yang ada. Memang aku akui dengan gaji sekarang tak cukup nak bayau hutang piutang semua masih mintak duit mak tapi Alhamdulillah boleh buat tambah sikit sikit. Sambil tu kita usaha cari kerja lain. Dah kerja ni nak cuti rasa berat je wei sebab tahu tanggungjawab tu. Kalau cuti automatik gaji kena potong, kena fikir camne nak back up perbelanjaan semua. Fuhh. Sungguh, lain la rasanya. 

Dapat gaji bayar hutang sana sini patu habis. Teruskan lagi perjalanan hidup yang sama selama sebulan. Bosan oi. Aku nak kerja yang bukan dibuat secara rutin. Sangatlah bosan korang tahu tak bila bangun pagi pergi kerja balik kerja. Kita nak hidup yang best yang ada makna tapi apakan daya kan haha. 

Aku sebenarnya tengah rancang nak berhenti. Surat resign siap dah. Tapi tu la tengah fikir orang marah tak aku berhenti cepat kihkih :P Aku ada beberapa cita cita tapi entah la tengah cari rentak nak laksanakan. Semuanya passion since before. 


Nak jadi penulis, nak update blog pun malas. Skill menulis tak berapa nak elok, aku taknak hasilkan karya sampah. Nak jadi photographer@designer boleh je tapi masih fikir rentak. InsyaAllah teringin nak bukak online store for tudung. Tengah merangka dan mencari rentak. Doakan okay semua ?

InsyaAllah. Sebab hobi aku pun kumpul tudung. Moga Allah mudahkan.