hai , dah habis stalk belum tu?

Tuesday, June 26, 2018

Puasa dan Raya 2017&2018

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

Puasa dan raya dua kali berturut tanpa atuk kecik lagi. Raya tahun ni paling sendu sekali. Sebab aku rasa semua pakcik makcik aku balik rumah mertua. Aku tak pakai baju raya sebab malas nak beli. Raya ketiga je baru pakai lawa sikit sebab nak pergi wedding orang. 

Adakah aku semakin tua dan tk kisah pun pasal raya ni ? Serious 2018 punya semangat raya taktau pegi mana. 

Genap 15 ramadhan, tiap kali tu lah semua orang teringat waktu atuk kecik meninggal. Ni dah setahun la maknanya. 

Raya dah tak best macam dulu. Kalau dulu aku rasa puas satu kg aku beraya. Ni adik sedara aku diorang raya rumah sebelah je. Hahahaha. Tak mencabar >_<

Raya ketiga - wedding Kak Aza
(Import Team COSCO)

Dari kiri : Kak Haiza, Lenny, Azizi, Pengantin, Kak Aisyah, Aku, Kak Sue dan Isteri Azizi (dan anaknya)

Raya 2017, amek depan rumah atok masa raya ketiga. 

Aku dengan emak.

Ni pun raya 2017 : 




Kat bawah ni yang time mabuk pakai make up sebab pergi wedding Kak Aza.
Without filter

Filter la gaiss

Takyah nak cakap highlighter tk on point, blusher terlebih, muka nampak cakey ke apa apa aje lah. Aku kisah pulak hahahaha. Sebab aku rasa aku dah cantik tu >_<

heartbroken is ain't easy.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

what's up guys ? how is life. mine ? tak semua pun okay. nak nak sejak kisah ditinggalkan. i will left it behind and never look at it again ==' 

sejujurnya he was my first loved and siapa je tak sakit ditinggalkan. he used to share everything and suddenly missing. 

i was just like wowwww. senangnya kau melupakan. hahaha. 

okay , since i think this blog will be read only by few. i'll tell you a story. my first love hahhaa ><

dulu aku kan CS, so my regular customer dia lah. to be the exact, the forwarding company that is becoming VVIP of my company tu la tempat dia kerja. Dia ni selalu la call apa semua mntk tlg, sampai la aku pun tersuka dan kitorg start whatsapp. 

from then, he was like caring nak mampus la cite dia. pagi ptg malam whatsapp even aku yg tk reti pun dah jadi terbiasa. truly said, aku memang la ada perasaan dkt dia, walaupun tk pernah jumpa. suka dari suara dan jatuh cinta setiap kali dia call. Kalau orang yang kenal aku, akan cakap "eh pakai tudung je labuh tapi tk menjaga betul". 
Sukati korang lah ye. 

Kitorang pernah je berjumpa dua kali masa tu. Tapi tak keluar berdua. Ni semua lepas dah sebulan lebih Whatsapp la citenya. 


but thennn kita make it short kawan kawan, aku tanya la dia. Yelah, aku tak nak tergantung sepi. Aku nak tau status dia, memang saja nak Whatsapp aku hari hari atau dia ada girlfriend ke, haa macam tu. Kalau dah ada yang punya, aku taknak kacau. Sebab aku rasa berdosa jugak, contact hari hari, whatsapp, dekat office pun kadang sempat berborak walaupun asalnya untuk tujuan bekerja.

Dia mengaku he have the same feeling apa semua tu, cuma sekarang ni dia rasa nak lunaskan tanggungjawab dekat adik adik. Aku pun macam, eh sama lah memandangkan kitorang berdua ni anak sulung kan. Dia mengaku dia single ye kawan kawan. 

Selepas 5 bulan 'bercinta' tetiba dia diam. Aku macam pelik, sebab selalu dia yang akan whatsapp dulu apa semua. Ini tak. Haaa kat sini aku nak cakap kau jangan main main dengan hati perempuan. Aku diamkan lagi sebab masa tu bulan 11&12/2017 jadinya aku anggap la akhir tahun memang selalunya orang akan sibuk. Kalau forwarding company lagi lah kerja menimbun sampai malam pun tak cukup tanah. 

Sampailah aku rasa satu tahap aku yang terhegeh hegeh nak dekat dia. Aku yang cari, yang Whatsapp dulu semua tu. Dan satu haritu barulah aku terperasan dia dah block aku dekat Instagram. Aku terus macam dengan positifnya fikir,"oh mungkin IG aku rosak kot". Aku request semula nak follow dia tapi tak approve. Haaaaa aku dah pelikkk. 

Aku pun Whatsapp dia, tanya kenapa. Aku siap tanya "dah tak suka dengan saya ke?" 
Dia cakap "takdelah sama je perasaan saya pada awak". Lepas tu dia cakap,"awak penat sangat ke, meh la cerita dah lama tk borak"

Aku dalam hati, dah rasa nak maki keluar segala bentuk perkataan dah. Tapi aku cuma cakap,"takpelah saya penat". Lepas tu dia tak tanya pape wehhh. Dia terus biarkan aku sampai sebulan macam tk kisah langsung aku pergi. 

Selepas tu, aku tetiba follow dia dekat Instagram guna  akaun sepupu aku. Lajuuuu dia approve, tanpa tengok apa isi Instagram sepupu aku. Sebab ada je gambar kitorang berdua :')


Aku bukak dan apa aku jumpaaaaaa. Gambar dia dan tunang dia lahhhh wehh. Dah pernah pergi bercuti dekat Cameron Highlands, dah pergi kursus kahwin, dah pergi macam macam tempat lah weh. Diorang dah tunang taktau sejak bila. Tapi aku tahu dia dah jumpa perempuan tu dulu baru aku. Sebab ada je post yg sedih sedih dia tujukan untuk perempuan tu. Tapi dia guna nama samaran perempuan tu. Contoh lah ea, ada satu post ni pasal nenek perempuan ni meninggal. Dia cakap kesian kawan saya tu. Bila fikir balik sekarang ni, patutlah tk letak nama betul. 


Lagi haru bila aku teringat dia pernah cakap,

"saya teman kawan ni pergi kursus kahwin" HAHAHAHAHHAA. 

aku percaya je lah wehhh tiap kali dia cakap teman kawan ke. Kawan dia apa benda lah pun masalah. Semua dia tolong. 

Haah memang aku dah pernah bodoh. 

Lepas dari terbongkar dekat Instagram tu, aku dah malas nak tanya dia pape. Aku block segala media sosial yang ada. Whatsapp dan segalanya. Dekat office dia call macam biasa tapi aku cakap aku sibuk. Sampai aku cakap dengan dia , jangan kacau aku. Dia memang buat mcm biasa. Macam tk berdosa dengan aku sebab dia rasa buat benda ni seronok. 

Lepas tu dua hari terakhir aku dekat company lama. Dia datang untuk selesaikan masalah apa entah dengan orang lain dan terserempak dengan aku. Dia boleh nak cakap hai hai pulak. Haa kan memang biadab tu. Sampai aku rasa haritu aku hilang mood. 

Tapi, aku rasa ada hikmah semua ni jadi. Allah tak takdirkan aku dengan dia. Lesson learnt. Aku sejujurnya dah malas nak fikir jodoh ke apa ni. Kang bodoh yang datang lagi sakit hati aku. 
Allah nak bagi aku rasa apa tu bercinta, kenal orang, belajar menghargai dan masa tu aku rasa sebak terharu. Kawan kawan semua bagi full support.

Cuma sampai sekarang aku rasa kesian dengan tunang dia sebab dicurangi :'(