Pulau Perhentian Our Memorable Vacation (but not sweet)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum!

Alhamdulillah masih hidup, masih aman, masih tenang (kadang kadang tak), dan masih bernafas. So here we go. Alhamdulillah vacation tahun ni aku dapat pergi Pulau Perhentian, Pulau Aur dengan Kota Kinabalu, Sabah. Looking forward for more interesting and enjoyable vacation! 

Okay kalau vacation orang suka tanya bajet. 

Sum up everything semua aku habis almost RM 600. Aku pergi Perhentian Kecil (ke eja dia Kechil ?) don't care, haha. 

Aku duduk dekat Fatimah Chalet, kitorang pergi berenam. Dalam chalet tu ada dua king size dengan satu katil bujang.

Ni itinerary aku. Lain orang lain lah itinerary dia kan ! 

27/07/17 
Since aku pergi naik bas dari TBS, so aku memang saja gerak awal. Kena naik bas dari Larkin lepas tu malam baru la gerak dari KL. Cost bas JB-KL-Terengganu (Hentian Besut)
RM 80 (lebih kurang). Hentian besut tu memang dah dekat jeti dia, kalau bas kul 10 malam pukul 5 pagi dah sampai Besut. Dekat dekat dengan jeti tu ada hotel dengan surau. Yang muslim boleh solat subuh dekat situ. Kena ingat eh dekat situ kalau hari jumaat diorg buat sujud tilawah. Jangan ingat ajaran sesat pulak sujud dua tiga kali. Hahahha. 

Ada hotel, nama hotel tu Hotel Ain. Kalau taknak pergi masuk pulau boleh tidur hotel tu patu buat one day trip ke apa masuk pulau. Oh ya, ada kedai tempatan makcik tu ada la jual nasi dagang. Oh ya ada 7 eleven jugak. Kalau nak bungkus makanan dekat sini ya anak anak. Kalau dekat jeti tu sana mahal nak mati. Apatah lagi dekat pulau, Maggi pun RM 8. seolah makan McD. hahaha. 

28/07/17 
Aku bungkus makanan dekat jeti, mahal gila okay. Yelah diorg jual ayam emas agaknya. Aku beli milo ais sementara duduk tunggu agent pun dah RM 3. Nasi dengan lauk ayam RM 11. Kau rasa ? Okay takyah rasa pape, sebab aku yang bayar. Lepas tu nak jadi cerita, agent aku ni dia lepas tangan gila. Ntah dekat siapa siapa dia suruh kitorang jumpa, batang hidung dia pun tak nampak. Okaylah kitorang cool lagi. Lastly naik bot apa semua dalam kul 10 pagi sampai perhentian dalam kul 11 jugak lah. Lepas tu ntah ceruk mana tak silap Coral Bay diorang campak, cakap check in kul 12. Otak dia, ingat aku dari 5 pagi tu kot menunggu apa semua. Bilik tak siap la apa la. Sekali tu dah tunggu dekat setengah jam, diorang cakap bilik tak ada. Haah bergurau, lepas tu bawak kitorang pergi mana tah. Bawak pergi Long Beach, bagi chalet buruk gila. Bilik air dia eeee geli wehh lepas tu satu je katil queen untuk 6 orang !!! Aku call agent cakap dia kena selesaikan jugak masalah lepas tu dia baru bagi chalet yg best. Mahal oi bayar RM 260,memula janji Rock Garden la apa la. Boleh nampak pantai, tempat selesa bagai. Hmm janji dicapati last minute cakap harga naik.

Lepas tu first day tak buat apa sangat. Mandi main pasir feel the joy of the scenery lepas tu dah malam lepak tepi pantai tidur. Perhentian ni banyak anak anak pulau. Yang Long Beach ni kira tenang jugak tapi kalau nak meriah dan ramai gila orang Coral Bay la. 

First day aku makan maggi dengan makanan dari jeti. 

29/07/17 
Snorkelling seharian, the best part aku kan first time snorkelling. So mabuk masa la tu jugak nak datang. Jadinya aku cuma muntah muntah atas bot lepas tu dah. Check point akhir baru aku turun. Takut pun punca aku tak turun. Hahaha. Tapi abang bot bawak kitorang tu sporting, bot kitorang ramai perempuan, dlm 15 orang, sorang je lelaki. Hahaha.
Tapi dah balik rasa rugi gaiss tak turun. Hmm tapi aku suka tarikh ni. 


30/07/17
Naik uber ke Kota Bharu RM 75 utk 6 orang. Okay kira sendiri ya semua. Lepas tu sampai airport tu kitorang makan KFC dulu bagai. Sebab memasing lapar, flight dalam kul 11.30 pg. Pagi pagi dekat perhentian tak sempat makan kitorang kul 7 pagi dah kena tunggu bot. 
Flight  balik KL RM134 (sebab beli ticket lambat, padan muka)

Maka berakhirlah sudah our memorable but not sweet vacation. 

RM 260(pakej utk 6 orang) + RM 134(flight) + RM 80(bas JB-KL- Terengganu)
= RM 474
(tidak termasuk maggi, makanan kunyah kitorang tah apa apa sepanjang perjalanan 

Aku cadangkan kalau pergi perhentian, amek la pakejsiap makan apa semua. Dan bawak duit yang cukup sebab sana makanan mahal sangat. Sampai nak makan roti canai pun aku terpaksa tahan nafsu tunggu balik darat. Hahaha. 

Alhamdulillah, we have our quality time together. 

thanks for make it happen girls :)
Alin,Iqa,Nurul,Kak Zai, Acoy 

Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!