assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Wednesday, June 28, 2017

Kematian Yang Menghidupkan Part 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Assalamualaikum!

Harini(28/06) baru aku bukak balik post yang draft ni.Tahun 2017  aku hilang dua orang dalam hidup aku. 

Yang muda dan tua. Yang muda tu headteam aku, Joyce (chinese) meninggal selepas bersalin. Dia sempat hidup dua jam lepas tu ajal tak panjang, dia meninggal. Ikutkan cerita dia dapat peluk anak dia lepas tu meninggal. Dia meninggal 16/05 maknanya dah sebulan lebih masa aku update cerita ni. 

Anak dia comel dan sangat putih. Yelah dah nama anak cina. Tkkan nak gelap mcm anak orang Zimbabwe. Joyce tu baik, sangat baik . Sembilan bulan dulu aku masuk kerja dengan kosong. Yg aku tau shipping tu apa maksudny dalam Bahasa Melayu tu je. Pasal port , Johor port dan semua tu aku tak tau. Since aku customer service, customer ni suka tanya pasal sailing schedule, tu pun aku tak tau. 
Banyak dia ajar aku. Aku masa mula mula dia pergi macam sasau jugak. Masa tu aku demam dah nak kebah. Tapi bila dia dapat tau dah deliver dan koma lagi lah mcm terus teruk.Isnin datang kerja bos cakap dia dah deliver esoknya waktu pagi(Selasa) kitorg meeting. Nak restructure kerja, nak cakap apa Joyce tinggalkan dan pastikan nak kitorg buat. 

Meeting dengan sales dept dan kitorg (booking team). Floor aku pun ada dua ni je dept sebab kitorg saling berkait. Mr Davies (HOD) aku siap cakap, untuk get ready for anything. Mana tau kalau kena derma darah ke apa. Pukul 12 ramai nak pergi melawat dia rupanya Joyce dah pergi pagi tu lagi masa kitorg meeting.

Semua senyap je, yg ada hanya tangisan. Aku rasa mcm tak percaya, luluh jantung. Hari Jumaat sebelum tu aku baru gurau cakap dengan dia. 

Aku cakap, 
"eh perut you besarnya, mcm nak meletup dah""I dah cakap dengan dia, jangan meletup dulu I banyak kerja lagi"

Suddenly she gone. Balik kerja aku demam. Hari Rabu diorg pergi sesi penghormatan. Aku tak mampu, demam teruk.

Dari peristiwa tu nak move on bukan senang. Automatik segala kerja jadi berubah. Aku kena belajar cepat. Kadang aku memberontak sebab aku rasa kerja banyak, tapi nak buat camne, aku kena buat. Orang lain pun kerja banyak. Aku rasa sampai satu masa aku give up. Aku tak tau nak refer siapa untuk semua persoalan aku. 

Aku doa pada Allah , biarlah DIA tunjuk jalan untuk semua kerja yang banyak ni. 
Sampai begitu sekali Allah uji, bukan senang. Ada kala aku rasa malu dengan DIA. Aku belajar agama, tapi aku boleh tanya mak aku dan org terdekat aku, dia tu aku boleh sedekahkan Yaasin ke doa tak. Mana tau masuk syurga. 

Sampai lah pakcik aku tegur,"Ini soal akidah, jangan buat main"

Allah. terdiam aku. hanya mampu doa supaya Allah beri hidayah untuk anak dia yg lahir tu atau mungkin ahli keluarga dia yang masih hidup.

Ini kisah Joyce, 35 tahun. 









No comments: