Aku Tak Puas Hati Kenapa Aku Perempuan Dan ....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

Ya Allah tajuk mak aihh macam marah sangat tuuuuu. Okay btw, kereta Axia JRH 2064 aku tu dah setahun beberapa hari lalu. Alhamdulillah, terus terang cakap bukan hasil usaha aku. Mak aku berjimat cermat dan lepas tu dapatlah kumpul duit dan beli kereta. Secara bertulisnya kereta tu nama mak aku walaupun tiap bulan aku bayar ha gitu. 

So aku sangat sayang kereta aku tu. Aku rasa kalau suami mahu peluk cium aku dekat dia masa anniversary haritu. 

Jadinya , masa beberapa hari lalu jugak lepas balik kerja macam biasa. Aku lalu jalan jammed nak balik rumah. JB ni kalau hari hari tak jammed tak sah. Laluan aku depan Giant Plentong tu hari hari jammed. Macam nak maki maki sekor sekor je driver tak berhemah. 

So haritu aku accident. Aku rasa macam eh apesal macam kena langgar. Aku baru bagi signal dan unjukkan kereta ke kiri(masa tu kereta aku dekat lane kanan) terus kereta dari belakang dengan lajunya pap! langgar dan sagat kereta aku. Wehhhh, apehal. Aku berhenti tepi lepas tu tengok muka orang tu tak bersalah. Dia siap boleh cakap , "Kereta saya macam mana?"

Sabar je la. Aku pun baru tau nak rasa cuak, yelah driver dan penumpang dia lelaki. Aku berhadapan dengan dua orang lelaki. Okay memandangkan aku perempuan dia pandang kecik je, tau ! Menyampah betul. Serious mcm nak tumbuk dia. Aku masih ingat aku perempuan jadinya aku terus balik. 


Aku memang tak puas hati mentang mentang aku perempuan kau lecehkan aku. Malam tu punyalah laju mulut aku maki maki. Mak aku cakap, 

"Alhamdulillah, takde benda lebih buruk jadi"

Aku terus terfikir sejak tu, aku nak kahwin untuk cari seorang bodyguard dan driver. Haah boleh sangattttt macam tu =='


Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!