Alhamdulillah, aku dapat kerja.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


 assalamualaikum!


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. 

Allah Maha Kaya Maha Memberi Rezeki dan Maha Segala Galanya. Allah beri sebanyak banyak nikmat pada aku. Jom kita mulakan cerita tentang fasa baru dalam kehidupan aku. 


Aku dah berhenti kerja dua minggu lepas (15/9) dalam keadaan aku tak ada kerja lain lagi. Masa tu aku tekad jugak nak berhenti antara salah satu sebabnya aku tak setuju dengan pemakaian dia. Aku rasa tak selesa dan beberapa lagi sebab yang memang mendorong aku nak berhenti. Rasanya tak payah cerita lagi kot sebab aku tak nak la bercakap benda yang dah lepas. Benda yang dah lepas jangan dikenang. 

Betapa aturan Allah tu cantik, berhenti kerja dan terus diri ini diamanahkan untuk menjaga atok(walaupun perempuan kami dah dibiasakan daripada kecil panggil dia atok jugak). Atok aku tu dia kena minor stroke, sebelah badan sahaja berfungsi. Lepas berhenti kerja, tugas aku bermula tanpa mukadimah tanpa salam perkenalan haha. 


Sebab masa perbincangan dengan keluarga pun pakcik makcik aku cakap buat sementara memang takde orang yang boleh jaga melainkan aku. Jadinya aku terima :) Pasal tu aku taknak cerita banyak, sebab mungkin boleh buat entri lain kot. Tu pun kalau aku nak buat la. 

Jadinya Khamis lepas,22/9 aku mohon kerja dekat Jobstreet dan terpilih hadir temuduga. Yang paling best aku rasa sebab respon syarikat tu cepat sangat. Dalam masa beberapa jam je dah email aku untuk sesi temuduga dan aku pun pilih hari Isnin (26/9). Aku telefon Senior Marketing Manager company tu dan dia pun okay. 


Datang temuduga dengan resume dan sijil sijil yang ada. Aku dengan tak baca website yang dia bagi sebab tak perasan dekat website tu ada translation Bahasa Inggeris. Masa dia tanya aku dah tengok website ke tak, aku jawab dah tapi aku cuma nampak tulisan Cina jadinya tak leh baca. Interviewer macam bengang jugak la sebab aku tak nampak translation BI tu. 

Temuduga paling senang aku pergi aku rasa. Datang, isi borang lepas tu borak dan jawab soalan sikit. Pehhhhh macam ni punya senang pun ada. 


Dia cuma banyak cerita company tu buat apa, diorang punya flow, carta organisasi dan lepas tu dia bawak aku jalan satu company. Gila punya malu. Pehhhhh boleh pulak dia tunjuk aku semua department. Masa tu hati dah berbunga jugak sebab macam positif je. 

Lepas tu aku balik dan kalau diikutkan Rabu 28/9/16 tu dia nak bagi jawapan. Aku pegang handphone dari pagi sampai malam sekali tu takde. Hari Khamis tu aku cakap dengan mak aku agaknya dah tak dapat tapi masa tu ada la interviewer ni cakap positif ke negatif dia akan bagi jawapan jugak. 


Jadinya masa tu aku buat keputusan untuk telefon dia jugak hari Jumaat. Rupanya bila aku telefon dia Jumaat pukul 4 petang macam tu dia pun tengah taip mesej untuk offer kerja dengan aku. Terus aku bagitahu mak aku dengan atok :')

Gembiranya mak masa tu. Rasa macam nak nangis tapi aku kawal macho kah. Hahaha. 


InsyaAllah aku akan bekerja sebagai Customer Service Officer dekat Taman Molek dengan Costar Shipping Agencies. Mak cakap semoga kerja ini yang terbaik untuk aku. 

InsyaAllah, doakan yang terbaik. 

Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!