assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Friday, December 18, 2015

Langau Kehidupan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

Aih tajuk harini kemain lagi ? Yep, sebab saja nak jadi sarkastik sat. Aku nak straight to the point je harini belok takde dah. 

Langau tu selalunya adalah pengacau ? Jadi signifikan 

langau kehidupan = pengacau kehidupan. 

Lecturer cakap aku ni cakap la apa pun provok la macam mana pun, aku akan buat bodoh. Buat tak layan. Orang kutuk la bagai nak rak aku tetap macam tu jugak. 

Dan kawan aku selalu cakap, macam mana aku boleh bertindak buat tak tahu je dengan segala caci maki orang ? Layan je orang macam biasa macam takde apa jadi. 

Pertamanya, aku bukan malaikat. Aku ada perasaan kecik hati, sakit hati, marah, sedih dan sebagainya. Siapa cakap aku adalah orang orang yang tak heran peduli dengan cakap cakap orang ? Dan siapa cakap aku ni jenis tak ambil pusing orang cakap.

Kadang kadang apa cakap cakap orang perlu dilayankan juga.
Perlu diambil pusing dan diambil berat jugak.
Sebab dalam kehidupan tak semua benda kita betul. 
Kita hamba pendosa dan banyak salah.

Respons kepada cakap cakap negatif orang ?

Orang cakap negatif mungkin sebab sikap kita sendiri yang pernah negatif pada orang tu. Tapi kadang kadang kita dah buat baik kenapa dia masih tak buat baik pada kita semula ? What to expect oh human ? Allah yang baik dan Maha segala galanya tu pun ada orang tak suka. Apatah lagi aku atau kau yang manusia dan tentunya banyak salah.


Dan aku selalu akan buat bodoh je dengan langau langau macam ni. Tak kemana nya kalau hidup nak layan cakap cakap orang. Itu tak kena ini tak kena pakai itu salah perangai macam ni salah patutnya macam ni dan macam macam lagi la.

Please, langau macam ni bagi racun or langkah paling selamat buat tak tahu je ^_^


Kalau teguran tu membina dan kalau betul dia sahabat yang baik dia akan face to face dengan kau. Dia nak kau berubah ke arah kebaikan dan nak tengok kau ke syurgaNya dia akan tolong kau.

Ini bukan langau, tapi ini Sahabat Yang Owsem. 

No comments: