How cool the muslimah is ? Is that word really suitable for those muslimah ? #keepcalmandsmile

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!



Nah belanjaaa gambar baby secomel pipi kembung eh gewamnya. Hahaha. 

So here we go. InsyaAllah diizinkan tuhan bakal menjejak 2016 dan umur aku jadi lagi ehm matang. Matang okay not tua. Bukan dan bukannn. Oh my whatever. 


Muslimah tu siapa ? Kalau faizdickie panggil mozlemah hahaha whatever it is seorang perempuan Islam yang nak jadi baik dan ikut apa Allah perintahkan. Muslimah ni sering terkait dengan perkataan lemah lembut sopan kartun dan baik hati. Oh how judgmental people are! 

Aku nak jadi muslimah tapi aku takde langsung ciri ciri lemah lembut semua tu dan orang Melaka kalau sebut kasar sebagai kasau. Ha gituuu. Ok kita cuba ya ramai ramai "kau ni kasauuu sangat la" ha giteew.

Pada aku dalam usaha menjadi muslimah sejati mengejar redhaNya tak semestinya orang tu kena lemah lembut dan ada ciri ciri aku cakap tadi. Semua orang layak. 

Ok tu bab lain. Fokus aku sekarang nak tulis sikit je pasal muslimah cool. Aku nampak dkt Facebook Afiq Sazlan pasal ni. So saja nak explain more walaupun takde markah. Hahaha. 


Muslimah tu sumpah osem dan cool kalau dia mampu untuk baiki kereta. If possible include all the vehicles like motor, lorry, bus and etc muehehe. As for me, to repair a bicycle is such a no hm :( most of women nowadays how good they are in driving, they still have problems to detect the problem of the car. Tak kisah la dia drifter ke yg mampu bawak 189 kilometer sejam dia masih akan tak reti handle macam mana nak tukar tayar dan betulkan enjin sendiri. Hm :(


Next is a muslimah cool is somebody who can going travel with bacpackers method. You all sendiri tahu yang perempuan ni gedik dia lain macam sikit tu tak boleh ni tak boleh. So muslimah pun akan consider those important part nak tidur mana, nak makan apa, nak bawak apa. As you guys aware , girls if go for travelling they tend to bring along their rooms in the luggage. Bacpackers style ajar muslimah ni utk berdikari dan kekal bergaya walaupun pelbagai mehnah dia hadapi sepanjang perjalanan hoyeah. Cth mehnah paling besar adalah kawal nafsu shopping dan makan. Backpackers mana boleh shopping banyak banyak sebab tak capai la matlamat nak berjimat cermat tu. Tapi nak travel geng muslimah@perempuan@girls pastikan betul betul geng korang min 4 orang ! (Google syarat perempuan bermusafir)

Dan akhir sekali muslimah yang mampu relakan suami dia dalam gerak kerja dakwah. Dia tak bising pun suami dia balik rumah lambat bagi memenuhi tuntutan anak usrah. Tak marah bila duit suami banyak disumbangkan untuk gerak kerja dakwah. Tak sibuk sibuk nak ajak suami pergi bercuti seperti mana pasangan lain pergi London, Paris dan mana mana negara pun. Dia faham perlunya berdikari menguruskan rumah tangga. Tolong suami handle anak seorang semasa suami takde, tak jealous bila suami balik lambat sebab aktiviti dakwahnya, dan bahkan jika mampu baiki paip rosak dan bumbung dia juga mampu !

Yg last tu utk orang dah kahwin je okay. Kau jangan gegedik ngaku pakwe kau tu suami pastu acah acah sweet lepak cafe amek gambar hipster tau! Kalau ada sumpahan mak lampir mengenai kau hahaha. 

Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!