assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Thursday, September 3, 2015

Nice memories good to share InsyaAllah :) #teambakery #buddiesbakery #bakery2015 #bakeryjournal aku #jobsemempat

                                         بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


 assalamualaikum!

Alhamdulillah I have a nice story to share to all of youuu gaiss. Hahha. Semester break went well. Very well and amazing indeed mashaAllah.

Let's change languange.

Sebab aku nak typing dengan penuh semangat dan penuh kegembiraan penuh keterujaan hahah. Entri kali ni panjangnyaaa kemahenn ok so harap bertabah la. Yela, nama pun #bakeryjournal kot. Hahaaah. Mungkin bersiri ke apa kan.

Cuti sem empat ni aku rasa paling bermakna dan paling paling palinggg palingggg best. Sebab kali ni aku kerja luar dpd keluarga sendiri. Aku kerja yg melibatkan punch card dan waktu rehat ada had nya. Sebelum ni pengalaman kerja aku kerja taska dekat taska makcik aku je. Bila kerja dengan family kau akan behave lebih sikit. Dan kau kerja banyak berlebih kurang je nak cuti pun senang je dapat kalau ada hal pape ke kan.Kalau kerja yg ni, kau kena pandai urus masa dan cuti kau.

Sem empat ni aku kerja dekat bakery Giant Plentong. Lima minit daripada rumah dan sebab tu la selalu lambat. Hahahah jalan jammed kot -_-

aku start kerja dalam 22hb macam tu. Raya keenam dan masa semua org masih semangat lagi nak beraya. Kawan kawan sekolah matrik aku sakan lagi beraya dari selatan hingga ke utara. Pehhh sabar je la beb.

Memula masuk kerja, aku mcm takut la sebab masa interview HR cakap kalau salah confirm kena marah. Nnt salah buat roti kena makan sorang. Erk. I was like... ermmm tkyh keje la. Tapi masa tu aku fikir cuti ni kena kerja jugak. Aku bulatkan hati tekadkan jiwaaa (ceh, haha) nak keje jugak. Interviewer senior KBM kot gila la tk dapat. Hahah berlagaknya. Ok to be truth, it's really rezeki. Because during the interview I don't event bring my SPM qualification. Kiranya aku datang lenggang kangkung isi borang pastu mintak jadi cashier. Tapi bila tahu kena terima gak barang non halal. Aku tknk. Dia offer sama ada nak bahagian susun barang baby ke bahagian masak@ bakery.


Aku cakap nak bahagian bakery sebab aku nak belajar. Nak belajar buat roti dan kek. Dan bla bla hahaha.
Masuk kerja. Dua org pertama aku jumpa dekat department, Kak Ain dengan Aisyah. Kak Ain ni muka cantik macam anak dara weh even dah kahwin ada dua anak lagi. Dah kerja bakery 5 tahun. Aisyah ni baru 18 tahun dan dia kerja situ dalam 4-5 bulan cmtu la.

Memula masuk Kak Ain cakap,

"Haaa.... sebenarnya tkde kerja la"

Pastu aku macam terpinga hahahah. biar betul dua org je keje. Dah la production mesti banyak. Tanya punya tanya aisyah cakap dua org cuti raya.

So hari itu bermula la kerja aku di bakery Giant. Seminggu pertama kemain lagi sakit kaki weh. Sabar je la aku pun. Sebab kerja banyak diri. Kerja aku seminggu pertama kena buat packing. Dtg kerja masuk kul 9 balik kul 6 ptg. Rehat sorang sebab masa tu tk rapat dan kenal lagi diorg. Banyak gilaaaa benda aku x paham. Nak make up roti, tengok oven, nak susun roti display, buat label harga la semua la tk reti.

Seminggu tu sakit kaki cite dia balik kerja je urut kaki. Kaki rupa nak patah. Macam balik kerja nak mengengsot pun ada. Jadi suster ngesot pun ada gak kang hahahah.
Seminggu pertama lebih banyak diam dan memerhati. Lebih baik dan perangai terejal aku tk keluar lagi. Hujung minggu baru aku tau kena jual roti panas dan fakhrul & zul masuk kerja.


Minggu kedua. Dua org budak lelaki baru masuk. Din dengan am.

To be continue.....

No comments: