assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Wednesday, July 1, 2015

Nikmat Allah Hadir Bertalu Talu , Alhamdulillah ^.^

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


 assalamualaikum!

alhamdulillah, segala puji bagi Dia tuhan semesta alam. berkat ar rahman rahim mu aku dapat semua nikmat yang tidak disangka sangka.

"Nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan ? "

Allah Allah.

Sedikit diuji aku mudah rebah.
Taknak bersabar sedikit pun. 
Malu dekat Dia.

budak rumah yang gojeres ehem

terlalu banyak yang aku dapat buat dan capai semester ni. err tapi dekan tu tak dapat lagi. exam lagi ni. insyaAllah dekan cemerlang bergaya ! mohon doa semua ya.

sekarang ni fokus aku cuma fikir utk sem akan datang. alhamdulillah, memang tak sangka gila sebab semalam aku lulus JPJ sekali je. mungkin berkat doa sahabat sahabat di sekeliling dengan paling penting doa emak !! memang mak aku cakap dia baca je. dia mintak aku lulus sekali ja. bayaran pun tak payah nak add up lagi ke apa.

semester ini dengan taklifan yang agak berat. benar benar menguji iman , hati dan kesabaran. aku belajar nak buat program, nak berurusan dengan orang dan paling penting dengan HEP. ceramah haritu Rakan Intelek invite PU Azihal bertemakan Rasulullah. 

I told you ya, bukan mudah nak jadi baik dan ajak orang buat baik. Adakalanya aku pun tersadung kesakitan dalam ke arah mengejar Dia. Sekarang ni aku rasa bersyukur sangat bila semester ini terlalu banyak ruang dan peluang Allah bagi. 

Dapat pergi Langkawi, dapat ambil lesen, dapat seorang ketua yang baik, anak anak buah yang superb osem, yang tahan kena marah dan boleh ditegur, ada sahabat sahabat yg sentiasa menyokong, jauh ke dekat sentiasa di sisi. Allah, banyaknyaaaaa nikmat memang tak terhitung dah. Ujian Allah tu sikit ja banding dengan nikmatkan. Kita je tak reti bersyukur , hm sedih T_T

Qila, aku yg acah acah tgk bwh,
mira the speckos, madihah dah kurus,
jiha jet jet tgk lain haha





Walaupun harga minyak naik, hidup tetap perlu diteruskan.
Amal dan dakwah islami perlu dikuatkan.
Jom, kita sama sama buat orang sayang dan cinta Islam. 

Walaupun jalan dakwah ini tidak mudah,
Moga Allah permudahkan.
Kadang kadang rasa nak nangis rasa nak lari,
Tapi sejujurnya aku takut.

Setiap daripada kita bukankah akan dinilai dan ditanya tentang apa yang kita pertanggungjawabkan ? Allahu. 


Moga diri ini mampu menjadi penyumbang kepada kejayaan Islam. 

No comments: