Multimedia Is Not My PassionBefore, However....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

aku tak reti melukis, nak imagine nak bayang benda benda lawa lagi tak reti. sampai lah satu ketika aku diberi tanggungjawab yang aku tak suka. tapi aku cuma pegang; apa kita tak suka mungkin adalah terbaik utk kita ^_^insyaAllah 

aku punya matlamat selain ada lesen kereta ada lagi beberapa insyaAllah dalam usaha utk ditunaikan :

1. pro multimedia (Photoshop, Doodle, Video Maker)
2. habis belajar on time
3. dekan walaupun satu sem je daripada 6 sem

sebut pasal multimedia tetiba teringat. aku memang bukan pro amatur je lagi. tapi, lepas dah diberi tanggungjawab, jadi suka pulak. aku rasa melalui benda benda merepek-tapi-best ni aku boleh release tension daripada segala macam benda yang menyesakkan otak.

wait. mesti ada nak cakap, bukak Quran solat lagi baik. 

aku setuju. tapi kadang kadang cara orang release tension kan berbeza. 

dan aku berniat insyaAllah satu hari nak jadi pro bab multimedia ni. bab ambil gambar, hiasan, bab buat banner, bunting, poster, video kahwin ke haha :D


sebab aku nampak benda ni boleh buat duit dan jana pendapatan kalau kena gaya dan caranya. jadinya aku ni selalu belajar daripada google dan pergi bengkel Photoshop setakat 2 kali ja. Hmm kena banyak belajar lagi.

mana tahu dengan poster lawa boleh buat poster dakwah cantik cantik
dengan doodle yang sopan boleh buat orang tertarik nak pakai tudung
dengan video islamik boleh buat orang paham apa itu kehidupan islam

Kan kita nak menuju sebuah negara Islam yang mengamalkan cara hidup Islam
Hiduplah untuk Islam, di situ kau temui kebahagiaan 

selepas paper economy haritu hm
release tension sikit hehe

Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!