kerana aku tahu sebab itu aku mengerti 2
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
assalamualaikum!
ehem ehem new entry lagii nii. hee :D pergilah baca yang sebelum ni.
nak dipendekkan cerita dekat sekolah tuu aku banyak belajar benda agama cemtu. aku belajar dan faham apa itu usrah walaupun masa tu tak join lagi. Alhamdulillah dari sekolah ke matrik aku belajar menjadi seorang manusia.
aku belajar menjadi manusia dalam erti kata sebenar. aku cuba labuh labuhkan sikit tudung aku. aku belajar pakai handsock pakai stokin walaupun pergi kedai bawah blok je. payah. serious. kadang kejap pakai kejap bukak.
cuma aku mintak Allah istiqamahkan aku. sebab aku tahu mati tu bila bila je.
ditakdirkan Allah Alhamdulillah aku berjaya masuk UiTM KBM dan ada halaqah.
ingat lagi. sebelum masuk UiTM ni tekad aku nak masuk usrah atau sewaktu dengannya.
aku nak ada pengalaman usrah tu.
dari situ aku faham.
tudung labuh tak makna dia baik.
pakai kopiah tak semestinya Islam lekat kat hati.
means that pakaian is just a pakaian. tak bawak apa maksud. Islam tu dekat hati. tapi tak makna jugak kau boleh pakai dedah sana sini means Islam dekat hati.
cumanya paling penting. pakaian(luaran) dan hubungan dengan Allah kena jaga.
kena seimbang.
nak jadi baik memang orang keji maki.
memang orang pandang perfect je dekat those tudung labuh.
secara jujur , aku pun baru belajar nak pakai tudung labuh bulat tu semua.
sebab aku rasa selamat dan terjaga.
walaupun amal ibadah aku masih kurang :'(
sebab tu aku tak pelik kalau orang pandang serong dekat those tudung labuh nii. sebab aku sendiri pernah mengeji caci mereka . what you give you get back. ingat ?
so let them be. kadang kadang orang sekeliling kita ni cepat sangat menilai. mereka lupa kita manusia bukan malaikat. buat tak tahu je dan aku jugak nak pesan dekat those tudung labuh ni semua(INCLUDE ME) : kita sendiri jangan cepat menilai orang ya ? sayang semua orang dan luaskan kasihmu . peace
Comments