merangka masa depan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

alhamdulillah masih hidup lagi aku hari ini. demam selesema pening masih berterusan hmm nak naik sem ni lah diuji dengan berbagai bagai sakit. semoga naik sem nanti aku sihat walafiat terus untuk bergerak kerja. malu rasanya tetiba bila sebut perihal gerak kerja mcm aku tak buat apa apa pun. hinanya diri terpalit dosa begitu menggunung.

harini merangka masa depan. bulan 9 insyaAllah aku naik sem 3 khair sem 1 di upm course nursing. aku tak pakai ptptn apply ypj je.nampaknya nak tunggu duit ypj aku masuk khair pulak baru nak apply. kebetulan pulak sem ni aku tak kerja :( haritu kerja cashier 3 hari aku lari sebab arak babi semua dia terima. biarkan aku tak kerja asalkan aku tak dilaknat tuhan,prinsip aku teguh. rezeki ada dekat mana mana . betul, aku setuju. tapi usaha perlu dan wajib ada.


sem 3 aku plan nak jual top up, printing dengan soka. mungkin sakit sedikit di permulaan perlukan modal kembali. takpe. biar bersakit dahulu asal aku tahu erti perit jerihnya mencari duit. biar orang memberi asal aku tak meminta. kos sara hidup tinggi memang aku dah faham tapi apa sahaja aku mampu buat selain berusaha ? aku bukan duduk rumah besar gaya istana. nak kahwin orang kaya ? all those are fairytales.

semoga yang menyinggah membaca impian aku mendoakan. my wish is to be the most richest people in Malaysia,Asia and insyaAllah in the world. doakan. jutawan to be :)

kaya kerana Islam biar ekonomi Islam juga teguh.

Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!