esok UPU keluar ! aaa apa ni apa nii
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
assalamualaikum!
so here it is. harini nk update ringkas je. esok UPU keluar tapi adik aku dia batch ASPER so UPM bukak 14 ogos nii.dia takde lah cuak kot malam nii. dulu aku cuak tak cuak lah kan dah la masa tu tengah kerja dekat taska semua memang takdelah nak fikir sangat unless kengkawan tanya or family members yang tanya.
dekat twitter facebook semua orang berdebor tunggu result nak dapat U. ada yang buat ayat pasrah belajar apa pun kat mana pun tak kisah janji ada U terima kau. dan aku jugak salah sorang yang termasuk dalam ayat pasrah ni sebab result memang hmm tak usah dikenang buat sedih je.
aku demam masa hari nak check UPU sampai mak ambil aku bawak balik dari tempat kerja. aku check through SMS je then kalau uitm kau akan dapat tau course apa je dulu then dapat tau tempat hari lain. UiTM kan banyak ha cenggitu la. lepas tu macam biasa la bila kau dah dapat tau result kau mesti orang call bertalu talu tanya kau dapat apa ucap takziah/tahniah bagai bagai silap silap kawan yg dari lepas STPM Matrik ke Asasi semua contact kau balik . walhal masa cuti kau dengan dia bawak diri masing masing
lepas tu nanti sedih la kalau dapat UPU tapi tak sama dengan member lain.tempat dah lain lain kan so nanti keluor lagi ayat kau dah jumpa kawan baru jangan lupa aku ehh. lagi macam sedih kalau kawan kawan kau dapat course gempak macam Accounting, Engineering, Doctor, Physician ke apa apa je la lepas tu kau dapat course yang tak berapa nak gempak macam course Membina Jamban di Tepian Tasik (contoh eh contoh). kau memang akan rasa malu bila orang tanya dapat course apa memang taknak jawab ahh. alah relaks je la. bukan semua orang dapat U kan ?
nanti kalau tempat dah jauh memasing akan merindui lepas tu mulalah berindu rinduan di whatsapp nak nak kalau tercampak jauh dekat Sabah Sarawak sana tu haa.
whatever matter is. just accept your fate. believe in HIS plan because HE is the best planner. macam aku dulu nak sangat course akaun kira course sekarang(insurans) memang aku taknak ahh . tapi dalam taknak tu aku letak jugak pilihan ketiga hmm :) tapi sejujurnya aku suka dengan apa aku belajar sekarang. Alhamdulillah.
bila nampak betapa strugglenya budak Akaun belajar baru aku faham kenapa aku tak dapat akaun. aku tak layak . tu je sebabnya Allah bagi coourse Insurans nii.
apa kau dapat syukur je , kalau orang cakap hek elehh course kau tak power dan sebagai bagainya. kau cakap je >> takkan semua nak pegang jawatan besor pakcik/makcik ? saya nak jadi tulang belakang mereka jugak. atau lebih baik kau diam.
kita tak mampu nak puaskan hati semua orang.
belajar lah apa pun.
asalkan punya sumbangan pada masyarakat dan Islam
belajar lah apa pun.
jika kau fikir mampu menjadi hebat.
maka hebatlah engkau.
Comments