assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Thursday, July 17, 2014

AFTER A LONG NAP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk menikmati nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah Allah masih beri aku peluang dan ruang untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk aku terus menaip di blog ini mencurah rasa meluah hasrat yang terpendam dan meluahkan apa yang terbuku. Kadang kadang menulis itu serba sedikit mampu menjadi pengubat stress . hmm kenapa aku tulis skema sangat nii. 


mungkin peralihan umur menginjak ke umur 20 membuatkan aku harus semakin berfikir corak penulisan aku tidak semestinya menjurus kepada kehidupan peribadi sahaja. mungkin juga tidak terlalu tua coraknya kerana aku masih muda hihi. tapi yang pasti penulisan salah satu bidang yang menjadi medium penting buat aku mengasah bakat penulisan yang tidak seberapa ini.


siapa tahu masa umur aku umur 50 60 ada cucu cicit yang mengenali aku dengan stalk blog ini. baru dia tahu nenek dia ini takde lah kolot kot ada jugak blog.eheh. ada jugak bakat menulis meski tidak seberapa. mungkin juga mampu mengenali neneknya ini pernah melalui zaman muda yang pehhh best tauu. hehe.


TAMAT SEM 2. bukan bererti cuti ini aku harus bergoyang senang lenang.masih aku punya tanggungjawab untuk dilaksanakan.masih ada misi yang belum mampu aku capai. 




No comments: