assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Sunday, October 20, 2013

semalam dan esok

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

hai kawan kawan sekalian :)

semalam ada pemilihan umno .minggu lepas pun sama.aku dapat kawasan kota melaka.taknak banyak belok belok cuma nak tunjuk benda ni je :


korang ade tak ?hihi XD


alhamdulillah dapat jugak join benda ni dari beratus org lain yg mohon.poket masyukk woooo hahaha :D

ni first time join dan macam macam pengalaman aku dapat.korang tau tak yg pengalaman ni bukan boleh kutip kat mana mana tong sampah.ok meh aku cerita sikit.


masa tu boleh la nampak siapa yang paling cekap handle problem kalau datang on the spot.

kadang kadang kita memang kena fikir out of the box.arahan yang diterima jugak kadang kadang berbeza sebab org yg bagi arahan tu pun berbeza dan kehendak diorang mestilah lain lain kan.hamekk faham ke tak korang ayat ni pun aku tak tau lah ><


kitorang tk diberi tugasan dan penentuan utk pilih siapa sebab siapa calon pun kitorang tak tau.

paling penat masa kira undi.ni kiranya kerja belakang tabir la.semua org dok sibuk nak tau siapa yg menang,kalau boleh nak cepat cepat dapat keputusannya dan paling kitorang takut kalau kena kira balik semua undi undi tu tapi nasib baik tak.

masa tu buat kerja sedar tak sedar dah sampai malam.

kerja kira undi bukan semudah yang semua org sangkakan.memang ada mesin kira undi tu yang ala ala kira duit tu tapi lagi senang guna manual sebab lagi yakin.

lepas habis waktu pengundian kotak undi tu memang akan di 'seal' depan wakil calon.dah tu bawak pulak kotak kotak undi tu ke bilik kira undi.secara jujurnya masa pengiraan undi tu memasing dah penat kot.

kitorang dibahagikan kepada lima group sebab Melaka ada lima kawasan .

maka proses pengiraan undi pun berjalan.pengiraan undi tu dikira satu satu dan sehelai sehelai wei.wakil calon kena tgk kitorang kira undi lepas tu pastikan kertas undi tu sah,rosak ke ragu.JPU yg akan tentukan kertas tu secara sahihnya.kalau rosak diorang akan cop 'undi rosak'.

kena pastikan jumlah pengundi yg dtg dan jumlah kertas undi dikeluarkan adalah sama.kalau tak nnti kes pengundi hantu pulak ada.


alhamdulillah tempat aku takde pulak kes cmtu.

wakil calon tak dibenarkan keluar dari pusat pengundian melainkan kitorang yang jadi pengawalnya.handphone pun memasing kena silentkan jadinya perhubungan dengan orang luar pun dibataskan.see > it is not as easy as all of you think.

kertas undi dah la banyak kena kira sehelai helai ikut jawatan dan nombor calon.bayangkan kalau untuk satu jawatan sampai 44/64/77 calon ? boleh berpinar mata tgk nombor silap silap mimpi pun nombor ekor kahkahkahhhhh =.=

jadinya teamwork tu perlu kalau nak kerja cepat cepat siap.masa tu kenalah korban mata tahan sakit pinggang sikit sebab kerja ni banyak diri.pastikan jangan letak kertas undi dekat nombor yang salah,pastikan jumlah kiraan undi tu dibuat bukan sekali tapi kalau boleh biar dua kali,lepas tu kena pastikan kalau pun pergi solat jangan sampai bilik kiraan undi tu kosong.

belajar masa tu macam mana nak tahan stamina tinggi walau hakikatnya badan dah penat berpeluh peluh sakan.

belajar utk senyum walau teruk cemana pun kena marah atau ditegur.

satu yg aku respect masa tu ialah naib rektor dengan En Jasmi penyelia kitorang.

kedua-duanya staf atasan uitm kbm tapi terharu sebab mereka ni sudi buat kerja kira undi tu sama sama dengan kitorang.

jaga kitorang macam bebudak sekolah.memang bebetul punya jaga la.nak pastikan kitorang solat on time,makan ikut masa,tak sakit dan macam macam lagi.

Dr Ismadi(naib rektor) dengan En Jasmi sanggup kot buat macam tu.diorang sendiri kepenatan tapi still pujuk kitorang utk buat kerja dengan senyuman.

sampai kadang kadang aku nak duduk time buat kerja pun rasa malu.takkan diorang diri aku nak duduk pulak ? 

jawatan dan pangkat tu tak bawak apa pun pada mereka ni.

still boleh je buat kerja mcam org biasa yg lain.tkde pulak demand yang 'aku orang besar,ni bukan kerja aku'

perasaan humble dan sedia tolong orang bawah tu kena sentiasa ada der.bukan bermakna kau dah kat atas dekat bawah ni dilupakan.


dah tu je aku nak cerita.bukan sesenang dan semudahnya nak dapat lihat proses pengiraan undi tu kan ? 

moga bermanfaat.

No comments: