Pilih

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

Harap maaf . setelah kedua-dua entry aku asyik iklan jek.harapnya kali ni bukan iklan lagi.hoyeahhh.

Result SPM rasanya dah jadi topik yg berabad lamanya.aku malas nak kira dah berapa minggu yang lalu.huhu,after keputusan SPM tu hidup aku takdelah berubah tigaratusenampuluhdarjah tapi adalah jugak berubahnya,alaaa...itupun kejap jek ^^
yang berubahnya masa tu konon konon aku busy la check internet bagai dengan scholarship segala.padahal takde la semuanya aku layak pun :)
saja jek cari cari utk member yg dapat keputusan the BOOM.

Dah konon konon aku sibuk survey biasiswa bagai , dengan permohonannya segala.aku pun masa tu terumbang ambing lagi,bila orang tanya mohon mana ? nak amek course ape ? seriously said,i don't know the answers :)
UPU tu ada lapan pilihan.aku kena la buat semakan kelayakan segala kan.memang jenuh la aku nak isi satu satu . bukan senang okay , paham takk ? so,when the people keep on asking me all type of questions,sometimes i just want to ignore them . but....i don't have any choice.! wahhh speaking pulak aku ye.Yelaaa,kalau aku tak jawab kang sia sia kena cop sombong berlagak kurang ajar.

tarikh tutup permohonan UPU tu seminggu selepas SPM keluar.Memang kelam kabut jugak la masa tu.tak tau nak amek course ape dengan keputusan yang sedemikian.bila buat semakan kelayakan,aku buat survey sekali pasal sesetengah course.pasal subjek subjek yang perlu dipelajari,lokasi kampus,peluang kerjaya(ni paling penting) dan sibuk tanya org sana sini.
ada yang memang aku berminat sangat nak amek.kalau ikut syarat khas kursus yang ditawarkan memang aku layak.tapi,aku sendiri kena sedar dgn kebolehan diri,kan ?

aku saje jek letak




aku sangat berminat utk amek kursus aeronautik,tapi bila hasil kajian aku mendapati....(ecehwahh) fizik add maths aku kena mantap! Jadi aku batalkan aje permohonan tu . Dan masa tu jugak aku memang berniat nak lari dari akaun,tapi sebenarnya bila aku google jugak,Seni Kulinari pun ada account as a minor subject.jadi,memang tak boleh nak lari mana lagi la kan ^^
tapi aku rasa sangat best la masa dapat pegi program Jom Masuk U hari tu. cth soalan soalan yang aku tanya bila tiap tiap booth yg aku pergi tu :

1)pergi UIA - BUKAN BOOTH PERTAMA AKU PERGI PUN SEBENARNYA
-nak masuk UIA tapi takde asas Arab boleh ke ?
+blh je,kita wajibkan pelajar ambil subjek Arab sebab diorg nie msuk UIA.tapi setakat ni takde lagi org yg fail Arab la.sebab kalau belajar pun cuma benda basic jek,cthnya apa tu epal in arab ?  :D

-dekat UIA ada asasi BI kan ? kalau nak amek asasi kat sini then DEGREE TESL kat uni lain blh tak ?ada ke DEGREE TESL kat UIA nie ?
+tak digalakkan utk keluar dari UIA.kalau dah amek asasi kat sini,finish up everything kat sini la.DEGREE TESL pun memang ada kat sini.

-berapa pointer yg kena dapat kalau dah final exam tu ?
+kalau utk course asasi yg sains tu memang kena 3.5 above la.tapi kalau cam asasi BI ke apa 2.5 !

2)UITM

-asasi TESL tu ada tmuduga kan ? dah tu kalau kita gagal masa temuduga kiranya memang tak dapat masuk U la eh ?
+haah sebenarnya temuduga ni utk uji pengetahuan pasal isu semasa dan pengetahuan am.dan kalau tak lulus dengan jayanya temuduga tu,awak akan diambil masuk u masa second intake la jawabnya.

-tmpt tmuduga pulak katne ?
+tgklah mana awak duduk kan . kalau awak duduk JB takkan dia nak suruh ke Selangor pulak.

-kalau gagal memang kena buang terus dari UITM ke apa ? pointer pulak camane ?
+memang kalau awak gagal memang kena terus buang dari UITM la.pointer mesti sekurang kurang nya 2.8 !

-akaun pulak camane eh ?
+akaun kat u dengan kat sekolah tak sama.dekat u dah tentulah belajar dari awal awal,hal dari debit kredit lagi.sebab akaun kat u memang totally english :)

~tanya punya tanya rupanya org yg ditanyakan tu pensyarah akaun.dia siap bagi warning awal awal lagi : kalau awak tak suka membaca jangan amek akaun.sebab akaun subjek MEMBACA.AKAUN CUMALAH BASIC TAMBAH TOLAK JE.

got it ?

3)UTM-ADA KURSUS AERONAUTIK !

-Saya bidang akaun blh ke amek kursus dip aeronautik nie ?
+ehh takde mslh la.awak nak amek dip mekanikal then degree baru amek aeronautik pun blh.tapi nak study aeronautik memang susah la.tapi gajinya memang best ! kalau amek dip kuar jek akan jadi pembantu ke ape.kiranya mcm kerja as technician la.tapi kalau awak amek degree keluar jek terus jadi mekanik kapal terbang la.

-location dip utm?
+kat KL .

-betul kes UTM yg suka tendang tendang membuang-buang mahasiswa ?
+mana ada.tu 20 tahun lalu.kita takdenya nak buat semua tu , kita akan bagi 'rehat' satu sem lepas tu sem berikutnya baru boleh daftar balik .

-betul ke kalau masuk UTM , belum grad pun dah dapat kerja ?
+eh mana tau nie ? *dgr org ckpla*
yup,betul tu sebab dekat UTM ada diajar camne nak buat resume dan menghadapi temuduga.kebanyakkan,pelajar UTM ada jek yang buat dip,degree,master semua kat sini.ada jugak pensyarah UTM ADALAH PELAJAR UTM .

4)UNISZA

-Kalau amek DIP TESL boleh terus jadi cgu BI ek ?
+tak boleh.tapi kalau nak sambung DEGREE TESL kat uni lain boleh jek :)

ha tu la rasanya soalan soalan yang sempat aku terjah diorang . alhamdulillah,permohonan UPU 2 April haritu dah tutup.Insya-Allah itu adalah pilihan terbaik aku.

adiosa . !








Comments

Scha Rosl said…
goodluck. semoga kau capai cita-2 kau dengan jayanya. :')
El said…
aeronautic tu limited. sedangkan member pointer 3.8 pun tak dapat. haha
Zaza said…
seteruk atau sebaik mana pon awk punye result, kite kene terima ye.
pilih betul2 nak msuk U mane,.. heheeeee
Ainnnn said…
Ameera : thanks kawan :) kau pun semoga tercapai la impian hendaknya.

El : no worries,tkde dah dlm pilihan Aeronautic tu . hehe.

Zaza : iAllah pilihan yg dah dibuat tu adalah yg terbaik :D

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!