Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!

assalamualaikum!

 HEELOOOOO....READER(s)STALKER(s)BLOGGER(s)...hihi :)


tugas kita sebagai hamba Allah selain jadi hambanya yang terbaik ialah saling tegur menegur sesama muslim.ingat!TANGGUNGJAWAB!permasalahan yg sering timbul apabila kita terima teguran@mmbuat teguran ialah :


"kau sendiri amal tak banyak,nak advice orang pulak"
"adik beradik kau sendiri solat tak cukup"

"umur baru setahun jagung nak nasihat orang pulak"

"kau bukan Mufti Negeri pun"

"heellloo..kubur sendiri sendiri,jadi dosa pun sendiri sendiri lah"

"Pendidikan Islam dapat A(-) dah sibuk nak tegur orang-


Ya,menangkis pendapat semua orang lebih lebih lagi pandangan masyarakat sekeliling amatlah payah dalam melaksanakan tanggungjawab yang satu ini.kecuali lah kan kuasa meletakkan Nur-NYA dan HIDAYAH ada pada kita.habis semua org kita letakkan NUR dalam diri mereka supaya terima jek teguran kita sedia ada.namun,siapalah kita hanya sekadar manusia yang kadang kadang juga goyah imannya,luntur rasa cinta pada ALLAH,hilang keyakinan pada perancangan Allah dan macam macam lagi pelbagai bentuk dan jenis perasaan yang kita alami.

jangan pernah kisah siapa yang menegur kita tetapi kisahlah tentang ilmu@nasihat yang disampaikan kepada kita.sememangnya lumrah manusia berbuat kesalahan.sebab itu ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG,KAN?cuba kalau ALLAH tu sebaliknya.alamatnya,manusia nie kerjanya berbuat salah aje lah kan tanpa ada sebarang pembaikan terhadap diri masing masing.

yer lah,masing masing dah set up dalam otak,kalau buat salah sure ALLAH TAK MAAFKAN.tapi,ALLAH LAGI TAHU.manusia sering alpa,lalai dan buat salah.sebab tu kalau buat salah cepat cepat mintak ampun kat ALLAH.DIA MAHA PENGAMPUN.INGAT TU.ALLAH SENTIASA BAGI KITA PELUANG UNTUK PERBAIKI DIRI HARI DEMI HARI.CUMANYA TERPULANG KAT KITA NAK BUAT ATAU TIDAK.NAK MENUJU KE ARAH KECEMERLANGAN ATAU TIDAK.

nak tunggu ilmu penuh di dada baru nak tegur orang?nak tunggu dah kerepot besok baru nak advice org?ke nak tunggu diri jadi perfect baru nak nasihatkan org lain?nak tunggu jadi baik sepenuhnya baru tau nak baikkan orang lain?ada ke macam tu,pulak?sementara kita ada kudrat nie lah kita kena buat semua tu.nak tunggu kita nie perfect memang berjanggutlah jawabnya.kita nie memang setiap masa akan berbuat dosa,kan?sebab kita bukan maksum macam nabi.terpelihara daripada melakukan dosa memanjang.

katakanlah suatu hari nanti orang yang pernah menegur kita tu pun buat salah sama seperti kita jahil dulu,ini ujian Allah namanya.Allah nak uji seberapa cekap kita nak selamatkan orang tu balik.Allah nak uji betapa cekap kita guna balik ILMU DIA.paling penting,tanggungjawab kita untuk tarik orang tu balik ke jalan yg bnr.sanggup ke tidak?Hidayah Allah boleh datang dan pergi.Tak semua orang boleh dapat HIDAYAH nie.bukan beli satu free satu,ya!Hanya insan terpilih jek dapat.

menyorot kembali kisah Rasulullah S.A.W. masa Islam datang ke Mekah.Bapa saudara Baginda,Abu Talib penyumbang kekuatan utama dalam kerjaya dakwah beliau.tapi,pernah atau tidak kita terfikir dan berkira kira sendiri dalam hati kenapa Abu Talib sendiri tak masuk ke dalam Islam?ini kerana Allah tidak anugerahkan dia HIDAYAH-NYA.sebab itu nikmat paling mahal dan terindah ALLAH bagi kat kita ialah nikmat Islam dan Iman.Kita adalah insan terpilih.Bersyukurlah.

 memang kita sendiri pun tak banyak ilmu nak sampaikan kat orang.belajar pun macam aku tahap tingkatan 5 jek sekarang ini.university tak jejak lagi.SPM pun tak pass lagi.habis tu,kalau dapat ilmu baru takkan nak simpan sorang sorang jek?takyah share ke?takkanlah kita sekedekut itu kan?tak mungkin.kadang kadang ilmu yang sedikit itulah akan menjadi titik perubahan dalam kehidupan seseorang.perkara kecil itulah akan membawa impak besar dalam hidup orang lain.siapa tahukan?


dosa memang masing masing.tapi tu lah sebabnya kita kena tegur menegur.ingat-mengingati.dalam kubur kan kita sorang sorang.mane ada lagi orang lain nak bagitau kita tentang jawapan kepada persoalan malaikat mungkar dan nangkir tu.masa tu takde maknanya kalau nak terpekik terlolong mintak tolong,kan?takde sorang manusia atas bumi nie akan dengar rintihan kita kalau time kita kat bwh tanah sana.sekarang aje lah masanya.terimalah teguran orang lain seadanya.Insya-Allah,kita boleh!

Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.  (3)


lovenote;learning process :D
 

Comments

Gigi Besi said…
individu yang mempersoalkan tentang kelayakan kita untuk memberi teguran adalah individu yang tiada iman.

Semuanya datang dari Allah. Jika kita ada niat yang baik untuk menasihati, bukankah itu datangnya daripada Allah ?

May Allah bless u :)
thanks.
Ainnnn said…
welcome.saya setuju ^^

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir