SYAMIMI-Pelajar UIA mimpi Rasulullah SAW
 Assalamualaikum...
Copy & paste from: Remaja Masjid [Yahoo! Group]
Copy & paste from: Remaja Masjid [Yahoo! Group]
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. .. Ya 
Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari
 seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. 
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama 
yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku' ,
 jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf
 memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti 
anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. 
Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya 
daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam 
hatinya.
Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk 
menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. 
Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada
 dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai 
anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd 
adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi'
 dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan 
Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan 
sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa 
seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, 
tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak
 pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama
 segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya
 hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya 
ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau 
berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. 
Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali 
sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. 
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail 
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. 
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu 
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata 
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu 
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
 beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, 
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, 
beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke
 kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit
 kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah 
dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis 
berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras 
dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau
 merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah 
di depan bilik tersebut.
Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya
 Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau 
ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd 
Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 
sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . 
Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain 
agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah 
mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya 
ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika 
tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.
Beliau
 sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam 
seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau 
terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. 
Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah 
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya 
SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
 siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa 
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
 yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah 
itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.. " 
Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain 
serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata
 Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
 Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
 Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema 
suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik 
kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam 
lughahl arab, tp diterjemahkan di sini); "Ya Syamimi, dengan 
berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn 
berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab 
utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah.... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati. .."
 dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan 
airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda 
Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.. "
 tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah 
bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan 
ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana 
rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir 
zaman ini? wallahua'lam. .. Sedar daripada tidur yg amat indah 
pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut 
terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah... "
 Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya 
sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg 
mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn 
kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi 
padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg 
dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, 
tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan 
pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. 
Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit 
berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah 
pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat 
Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah 
ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad 
tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit
 yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg 
sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa 
ditikam pada setiap penjuru.
Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."
 Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, 
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
 "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum
 Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan 
Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar 
Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah. .Saidina 
Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak
 sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar 
dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg 
agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan
 mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan 
Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg 
kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2
 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
" Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan "sesungguhnya
 kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka 
mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan 
antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat 
mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka 
mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada 
mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli 
(menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di 
akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual 
dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca 
ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang 
mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah. .waktu 
itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah 
s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih 
ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
 Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai
 mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. 
Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . 
Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan 
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar 
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua 
sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera
 ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud 
syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud
 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas 
nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik,
 wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan 
Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah
 rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik
 untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi 
menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi 
Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.
Sekarang
 ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni
 walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati 
ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian 
kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin 
katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. 
Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, 
diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan 
di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. 
Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari 
hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke 
akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu 
kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba
 bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu 
yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh 
Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui 
ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, 
"Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu 
semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah 
melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat 
rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya
 Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai 
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah 
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh...berderaia n air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah
 ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah 
dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) 
sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai 
ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar 
zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat 
kelak..wallahu' alam..(*_ *)
NOTA : Alhamdulillah. .akhirnya jumpa juga artikel ni selepas sekian lama mencari...
kak intan pernah bagitau pasal syamimi ni sebab dia serumah sewa....sangat menginsafkan. .dia dah sampi ke tahap tu....
Ya
 Allah..ku syukuri nimat Mu ini yang memberi peluang kepadaku bersahabat
 dan bertemu dgn sahabat2 yang soleh dan solehah..ada sahaja ingatan 
yang baik dari mereka agar sentiasa istiqamah dlm kebaikan dan 
PERJUANGAN FI SABILILLAH di Malaysia ni...
 
Comments