Posts

Showing posts from February, 2017

Wanita Terakhir

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  assalamualaikum! Sekarang ni semua nak hashtag #neelofattah #lofattah okay whatever. Aku sendiri takdelah minat diorang as a couple. Aku suka tengok Neelofa tu sebab dia pandai bijak cantik lagi. Okay ni girl's crush bukan sebab aku suka dia tahap nak ajak kahwin. Cuma jujur cakap aku menyampah jugak kadang tengok peminat ni over. Kau doakan aje lah diorang. Takkan baru kenal terus nak kahwin kan.  Lagu Fattah tu best jugaklah. Aku suka lirik dia, dia nyanyi pun okay tapi pada aku better dia sebagai pelakon je kot. Hahah.  Aku bukan wanita terakhir pada sesiapa lagi setakat ni hehe. Lirik dia sweet la weh yelah dah sampaikan dari hati. Aku dah mula rasa tua ah bila tengok member kiri kanan semua kahwin. Tapi aku rasa tak salah kot aku umur 23 dan masih belum memasang cita cita nak kahwin kan ? Aku pasang impian nak kumpul duit beli rumah dulu :) 

Aku Tak Puas Hati Kenapa Aku Perempuan Dan ....

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ   assalamualaikum! Ya Allah tajuk mak aihh macam marah sangat tuuuuu. Okay btw, kereta Axia JRH 2064 aku tu dah setahun beberapa hari lalu. Alhamdulillah, terus terang cakap bukan hasil usaha aku. Mak aku berjimat cermat dan lepas tu dapatlah kumpul duit dan beli kereta. Secara bertulisnya kereta tu nama mak aku walaupun tiap bulan aku bayar ha gitu.  So aku sangat sayang kereta aku tu. Aku rasa kalau suami mahu peluk cium aku dekat dia masa anniversary haritu.  Jadinya , masa beberapa hari lalu jugak lepas balik kerja macam biasa. Aku lalu jalan jammed nak balik rumah. JB ni kalau hari hari tak jammed tak sah. Laluan aku depan Giant Plentong tu hari hari jammed. Macam nak maki maki sekor sekor je driver tak berhemah.  So haritu aku accident. Aku rasa macam eh apesal macam kena langgar. Aku baru bagi signal dan unjukkan kereta ke kiri(masa tu kereta aku dekat lane kanan) terus kereta dari belakang dengan la...

Birthday Wish To Nur Haziqah Russli

Image
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  assalamualaikum! FB : Nur Haziqah Russli Aku memang dah lama tak buat benda gini sebab aku bab wish orang macam malas sebab aku selalu rasa tkpe kot doa dalam diam untuk dia. Gitu. Memandangkan harini Ahad dan aku macam rajin jadinya takpelah aku wish dia. So happy birthday yang ke 23 ! Dah boleh start cari jodoh sebelum mak kau carikan. Budak yang kalau kau pergi travel dengan dia paling power cari jalan dan buat itinerari. Dia akan tolong buat sebiji sebiji even sesi bergambar pun ada dalam tentatif !  Be happy and may Allah bless.