Alhamdulillah, aku dapat kerja.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ assalamualaikum! alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Allah Maha Kaya Maha Memberi Rezeki dan Maha Segala Galanya. Allah beri sebanyak banyak nikmat pada aku. Jom kita mulakan cerita tentang fasa baru dalam kehidupan aku. Aku dah berhenti kerja dua minggu lepas (15/9) dalam keadaan aku tak ada kerja lain lagi. Masa tu aku tekad jugak nak berhenti antara salah satu sebabnya aku tak setuju dengan pemakaian dia. Aku rasa tak selesa dan beberapa lagi sebab yang memang mendorong aku nak berhenti. Rasanya tak payah cerita lagi kot sebab aku tak nak la bercakap benda yang dah lepas. Benda yang dah lepas jangan dikenang. Betapa aturan Allah tu cantik, berhenti kerja dan terus diri ini diamanahkan untuk menjaga atok(walaupun perempuan kami dah dibiasakan daripada kecil panggil dia atok jugak). Atok aku tu dia kena minor stroke, sebelah badan sahaja berfungsi. Lepas berhenti kerja, tugas aku bermula tanpa ...