kerana aku tahu sebab itu aku mengerti

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 assalamualaikum!

azam aku sem nii nak update blog banyak banyak dengan benda benda yang berfaedah. insyaAllah. aku elakkan lah dari update benda yang tak patut macam kucing-aku-beranak-korang-excited-tak? foyo.

here we goes.

ehm aku tak tau nak mula dari mana. Aku takut sangat kalau aku share benda benda gini ada orang cakap aku bajet alim ustazah ke apa takpun menunjuk nunjuk.

tapi moga dijauhkan.

ehmm cemana ekk nak mula.

okay here we goes(again).

hmm dulu, aku benci gila dengan orang yang pakai tudung labuh labuh bidang 60, tudung bidang 55 pun aku tak suka ahh. senang cerita aku tak suka orang yang beragama sangat nii sebab bagi aku mereka mereka nii extreme. yang lagi poyo konon konon nak cakap dengan lelaki pun malu malu kambingg. suara nak lembut lembut gaya nak lembut habisan cakap nak lembut jee.gelii laa woii aku tak suka orang cemnii bajet sangat (masa tu)

bagi aku pakai tudung tutup dada even bidang 45 pun dah okay. solat 5 waktu puasa dah buat kira okay lah kan.masa tu tengok orang pakai stokin dalam hati macam ishhh peliknyaaa ==' 


as the time changes.


hidayah Allah datang kita tak tahu bila. aku nak admit aku dapat hidayah Allah pun tak berani. but boleh lah aku cakap Allah buka hati buka jalan ke arah lebih baik. 

form 4-5 masuk sekolah teknik tapi macam sekolah agama !! semua keliling aku lagi la ke apa tahh semua cikgu nak pakai tudung labuh labuh tudung bulat tu semua. macam ehh apehal ramai sangat ustazah sekolah ni kan. 


sekali tuuu yang aku tahu most of them cikgu cikgu biasa je. cikgu chemist, cikgu bm dengan tah pape subjek lagi. 

dah la masa sekolah lama aku taram pakai tudung pendek yang cukup cukup makan lengan baju sinsing kain dalam tak pakai sebab masa tu selalu fikir kain sekolah dah cukup tebal.
bila dah dekat sekolah tu the first thing aku belajar ialah islam tu bukan pada baju tapi pada hati. belajar lah apa pun jadi lah apa pun islam jangan tinggal belakang. 


asrama sekolah tu memang rigid habisan skema tahap melampau. bosan ! asrama lain bawak mp3 boleh lalu kelas senior nak usha diorang ke apa semua boleh. sekolah nii ? hmm mimpi je lahh nak lalu kelas senior nnti kena jeling dengan kakak kakak senior . katanya buat apa nak lalu kelas senior kalau takde pape? tak payah lahh nak usha senior lelaki tu semua perangai tah pape. dalam hati aku eii ke kau jealous ? haa cemtuu la.


lagi tak best aku dah aa benci baju kurung sekali baju yang boleh pakai time prep siang dan malam waktu hari sekolah baju kurung jee. lagi parah baju lip lap kurung kedah yang cecantik sangat semua tak boleh. cerita dia macam baju kurung kau boleh pakai buruk buruk je la. hahaha. baju lengan pendek lagilah harommmm hatta kau pakai dalam dorm sekali pun. benciii lahh bencii. refer al baqarah ayat 216.


senang cerita solat jemaah ke apa semua aku tak suka sebab dengan alasan solat sendiri pun aku solat jugak kan ?beserta alasan lain macam ala kerja banyak aku dah la lambat buat kerja nnti kerja tk siap bla bla. Astaghfirullah!


aku bantai je kadang kadang langgar peraturan solat dekat dorm.


dah la member sendiri ketua badar(badan dakwah dan rohani) selamba aku je.


to be continue...







Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!