hai , dah habis stalk belum tu?

Saturday, September 29, 2018

Memory di September

assalamualaikum!

Hi guyss. Rupanya dah almost two months since the previous post. Ok to be exact tiga bulan. Sebab dah nak masuk Oktober lagi sehari je pun. Busy with works, works and vacation. Aku rasa sepanjang bulan 9 puas la berjalan tengok dunia. Yg pertama, gi BP sebab Jiha nikah. Kedua, jalan pulau Mersing, yang ketiga jalan pegi tidur Lexis Hibiscus hehhe. 


Tuesday, July 31, 2018

Move on tu susah ke ?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

First of all, this entry not for single person. Secondly, this entry also not for those who already met your jodoh after break up. Lol 😜😜

So who is this for ? Untuk gegadis dan bujang yg pertama kali bercinta lepas tu dicurangi, ditipu bulat bulat petak petak dan hidup hidup. Hahaha. Dan juga untuk yang baru putus tk kisah la apa sebab pun dan tengah fasa move on. Hehehe. 

Kita geng gaisss. Hahaha. Nak baca cmne aku boleh jatuh cinta, kau scroll few post before. Yg tajuk dia heartbreak ain't easy. Hehe. 

Usaha sikit, malas sangat la tu! 


Ok aku putus (walaupun tk rasmi) kira bulan 2 la. Kenapa tk rasmi, sebab aku tk pernah tanya si bodoh tu siapa perempuan tu, betul ke dah tunang, betul ke dia mempermainkan aku. Haaaa so aku blah mcmtu je. Sakit dia sebab kita tkthu kebenaran. Tp pada aku, dah terang dia buat aku mcmtu, layak org mcm dia tk hidup. Tp biarlah Allah yang adil maha mengetahui bagi dia balasan. 

Eheh. So nak jadi cerita cmne aku move on, aku remove all the pictures. Our pictures berdua ke bertiga. Habissss semua aku delete. Yg dia bagi gmbr adik ke gmbr kartun ke apa jadah sekali pun dkt whatsapp, aku delete. Kira skrg kalau aku datang jumpa tunang dia, aku tkde bukti lahh. Aku remove all the whatsapp conversations, whatsapp screenshot and even IG conversations, screenshot and yes everything ! IG aku block, fb je tak sebab memang tk friend and rse mcm nak jugak tahu hidup dia. Hahahaha. Inilah langkah langkah pertama untuk move on. 

Tapi masa tu susah jugak nak lupakan, sebab dia akan call no office. Ok tu tk boleh buat apa and email loop aku dalam tu. Sampai la aku found out a way to automatically delete email dr dia. Hahahaha. Dan aku marah² dia sampai dia tak call. Ok settle masalah. 

Tapii tapiii bukan senang eh nak melupakan. Susah gila , bodoh. Siapa tk pernah bercinta dan putus, mesti kau tktau. Sebab aku masih je lg stalk fb dia , IG apa semua walaupun mse stalk tk nampak pape. Hahahaha. 

Sampailah one day aku dapat tau dia tk privatekan IG dan fb. kencang beb aku stalk seminggu dua tiga kali lepas tu hati sedih sendiri. To my friends yang baca ni , sorry girls. Aku bukan nak buat korang nyampah, tp aku sendiri sakit hati. Haaaa good. 

Lepas beberapa bulan tu, aku delete jugak lah gmbr dia dengan makwe dia tu yg aku pernah screenshot dr IG dia. Nak buat apa simpan. Lepas tu, aku terperasan, kalau dkt whatsapp tu media from our past conversation dgn kawan kawan pun ada lg. Ok aku delete. Sebab aku mse tu belek group dengan personal message , aku nampak la media. Aku belek eh , apehal siak ada lg gambar dia dr past convo. So aku deleteeee. Menyampah tau tak. 

Tapi bila rse nak stalk tu aku stalk. Lepas tu sedih. Perasaan dan tindakan bodoh apa ni kan. Ok dapatlah tahu dia jual emas, tunangnya jual mary kay. Dia agent public gold, rajin la siap pergi HQ dkt Penang. Gigih buat marketing dkt IG dan FB, makwe support, share apa dia tulis. Jadah la. 

Lepas tu aku jadi lagi geli , dia belum kahwin nak post pasal org kahwin. Hal ehwal orang kahwin. Ingat tak gambar ikan bilis banyak² berjalan ke arah telur mata tu? Eh otak kau lah bodoh. Lepas tu dia share, pasal nak angkat isteri, kahwin dengan perempuan lagi tua lah, lepas tu share marketing utk emas, tulis pasal mak mertua lah. Elehhhhh sangat. 

Ada satu post ni, aku tahan je nak komen. Sebab dia post quote dugaan bertunang. Banyak la, and one of it is "ex datang balik"  dia ckp tkde lg. Ehhhh kebodohan apa ex nak dtg kat kau balik. Tunang nya pun komen, "nak dia datang ke?" maka mereka pun berbalas komen. Bodoh ha kan. Hahahaha. 

Tapi dah aku rasa tiba masanya aku hentikan gejala bodoh aku ni. Start minggu ni, tiap kali nak bukak IG dia, aku akan cakap kat diri aku, buat apa nak stalk. Find my own happiness in my own way. Jangan dekat dengan bangkai dan sampah sarap. So lets try.sikit je lg. Sebab aku rse dah beberapa kali cuba and I made it! 

Lagipun babi kan haram ! 

Tuesday, June 26, 2018

Puasa dan Raya 2017&2018

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

Puasa dan raya dua kali berturut tanpa atuk kecik lagi. Raya tahun ni paling sendu sekali. Sebab aku rasa semua pakcik makcik aku balik rumah mertua. Aku tak pakai baju raya sebab malas nak beli. Raya ketiga je baru pakai lawa sikit sebab nak pergi wedding orang. 

Adakah aku semakin tua dan tk kisah pun pasal raya ni ? Serious 2018 punya semangat raya taktau pegi mana. 

Genap 15 ramadhan, tiap kali tu lah semua orang teringat waktu atuk kecik meninggal. Ni dah setahun la maknanya. 

Raya dah tak best macam dulu. Kalau dulu aku rasa puas satu kg aku beraya. Ni adik sedara aku diorang raya rumah sebelah je. Hahahaha. Tak mencabar >_<

Raya ketiga - wedding Kak Aza
(Import Team COSCO)

Dari kiri : Kak Haiza, Lenny, Azizi, Pengantin, Kak Aisyah, Aku, Kak Sue dan Isteri Azizi (dan anaknya)

Raya 2017, amek depan rumah atok masa raya ketiga. 

Aku dengan emak.

Ni pun raya 2017 : 




Kat bawah ni yang time mabuk pakai make up sebab pergi wedding Kak Aza.
Without filter

Filter la gaiss

Takyah nak cakap highlighter tk on point, blusher terlebih, muka nampak cakey ke apa apa aje lah. Aku kisah pulak hahahaha. Sebab aku rasa aku dah cantik tu >_<

heartbroken is ain't easy.

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

what's up guys ? how is life. mine ? tak semua pun okay. nak nak sejak kisah ditinggalkan. i will left it behind and never look at it again ==' 

sejujurnya he was my first loved and siapa je tak sakit ditinggalkan. he used to share everything and suddenly missing. 

i was just like wowwww. senangnya kau melupakan. hahaha. 

okay , since i think this blog will be read only by few. i'll tell you a story. my first love hahhaa ><

dulu aku kan CS, so my regular customer dia lah. to be the exact, the forwarding company that is becoming VVIP of my company tu la tempat dia kerja. Dia ni selalu la call apa semua mntk tlg, sampai la aku pun tersuka dan kitorg start whatsapp. 

from then, he was like caring nak mampus la cite dia. pagi ptg malam whatsapp even aku yg tk reti pun dah jadi terbiasa. truly said, aku memang la ada perasaan dkt dia, walaupun tk pernah jumpa. suka dari suara dan jatuh cinta setiap kali dia call. Kalau orang yang kenal aku, akan cakap "eh pakai tudung je labuh tapi tk menjaga betul". 
Sukati korang lah ye. 

Kitorang pernah je berjumpa dua kali masa tu. Tapi tak keluar berdua. Ni semua lepas dah sebulan lebih Whatsapp la citenya. 


but thennn kita make it short kawan kawan, aku tanya la dia. Yelah, aku tak nak tergantung sepi. Aku nak tau status dia, memang saja nak Whatsapp aku hari hari atau dia ada girlfriend ke, haa macam tu. Kalau dah ada yang punya, aku taknak kacau. Sebab aku rasa berdosa jugak, contact hari hari, whatsapp, dekat office pun kadang sempat berborak walaupun asalnya untuk tujuan bekerja.

Dia mengaku he have the same feeling apa semua tu, cuma sekarang ni dia rasa nak lunaskan tanggungjawab dekat adik adik. Aku pun macam, eh sama lah memandangkan kitorang berdua ni anak sulung kan. Dia mengaku dia single ye kawan kawan. 

Selepas 5 bulan 'bercinta' tetiba dia diam. Aku macam pelik, sebab selalu dia yang akan whatsapp dulu apa semua. Ini tak. Haaa kat sini aku nak cakap kau jangan main main dengan hati perempuan. Aku diamkan lagi sebab masa tu bulan 11&12/2017 jadinya aku anggap la akhir tahun memang selalunya orang akan sibuk. Kalau forwarding company lagi lah kerja menimbun sampai malam pun tak cukup tanah. 

Sampailah aku rasa satu tahap aku yang terhegeh hegeh nak dekat dia. Aku yang cari, yang Whatsapp dulu semua tu. Dan satu haritu barulah aku terperasan dia dah block aku dekat Instagram. Aku terus macam dengan positifnya fikir,"oh mungkin IG aku rosak kot". Aku request semula nak follow dia tapi tak approve. Haaaaa aku dah pelikkk. 

Aku pun Whatsapp dia, tanya kenapa. Aku siap tanya "dah tak suka dengan saya ke?" 
Dia cakap "takdelah sama je perasaan saya pada awak". Lepas tu dia cakap,"awak penat sangat ke, meh la cerita dah lama tk borak"

Aku dalam hati, dah rasa nak maki keluar segala bentuk perkataan dah. Tapi aku cuma cakap,"takpelah saya penat". Lepas tu dia tak tanya pape wehhh. Dia terus biarkan aku sampai sebulan macam tk kisah langsung aku pergi. 

Selepas tu, aku tetiba follow dia dekat Instagram guna  akaun sepupu aku. Lajuuuu dia approve, tanpa tengok apa isi Instagram sepupu aku. Sebab ada je gambar kitorang berdua :')


Aku bukak dan apa aku jumpaaaaaa. Gambar dia dan tunang dia lahhhh wehh. Dah pernah pergi bercuti dekat Cameron Highlands, dah pergi kursus kahwin, dah pergi macam macam tempat lah weh. Diorang dah tunang taktau sejak bila. Tapi aku tahu dia dah jumpa perempuan tu dulu baru aku. Sebab ada je post yg sedih sedih dia tujukan untuk perempuan tu. Tapi dia guna nama samaran perempuan tu. Contoh lah ea, ada satu post ni pasal nenek perempuan ni meninggal. Dia cakap kesian kawan saya tu. Bila fikir balik sekarang ni, patutlah tk letak nama betul. 


Lagi haru bila aku teringat dia pernah cakap,

"saya teman kawan ni pergi kursus kahwin" HAHAHAHAHHAA. 

aku percaya je lah wehhh tiap kali dia cakap teman kawan ke. Kawan dia apa benda lah pun masalah. Semua dia tolong. 

Haah memang aku dah pernah bodoh. 

Lepas dari terbongkar dekat Instagram tu, aku dah malas nak tanya dia pape. Aku block segala media sosial yang ada. Whatsapp dan segalanya. Dekat office dia call macam biasa tapi aku cakap aku sibuk. Sampai aku cakap dengan dia , jangan kacau aku. Dia memang buat mcm biasa. Macam tk berdosa dengan aku sebab dia rasa buat benda ni seronok. 

Lepas tu dua hari terakhir aku dekat company lama. Dia datang untuk selesaikan masalah apa entah dengan orang lain dan terserempak dengan aku. Dia boleh nak cakap hai hai pulak. Haa kan memang biadab tu. Sampai aku rasa haritu aku hilang mood. 

Tapi, aku rasa ada hikmah semua ni jadi. Allah tak takdirkan aku dengan dia. Lesson learnt. Aku sejujurnya dah malas nak fikir jodoh ke apa ni. Kang bodoh yang datang lagi sakit hati aku. 
Allah nak bagi aku rasa apa tu bercinta, kenal orang, belajar menghargai dan masa tu aku rasa sebak terharu. Kawan kawan semua bagi full support.

Cuma sampai sekarang aku rasa kesian dengan tunang dia sebab dicurangi :'(

Friday, February 2, 2018

Thanks For Calling Cosco! dan juga #ypjselesai

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

hi everyoneeeee. it is 2018 already and already in February. I am still want to post about new year solution and azam gitteww. 

Okay, few achievements on 2017, alhamdulillah. 

I manage to secure job permanently as a Customer Service at COSCO Shipping Lines(M) Sdn Bhd. Before this known as Costar Agencies, located at Taman Molek in front of Umobile and Digi store. Learn a lot new knowledge. Fun yet so adventure and working like crazy all over. 

With all the KPI that sometimes (actually most of the time) is craazy as hell. Urgh. 

Then, I manage to travel and jalan jalan and makan makan to 3 islands. Such a big achievement. Usually, I will just travel to one place once a year with really low budget. First, Pulau Perhentian, Pulau Aur and sponsored luxury trip to Sabah (include Pulau Manukan as well in the trip). 

Another achievement, manage to pay all the education loan. I got 50% discount from YPJ and  I didn't pay it by myself. I pay with my mum money and have to pay back monthly. hahaha. nevermind, that debt also only left about 30%. so yaaa few achievements up and downs through 2017 but I manage to handle it. *dancing* 

azam 2018, i just have two but then i add on another two *winking eyes*

1.not going to buy new make up stuff anymore
2.searching for new job for better opportunity and learn the angle of shipping industry 
3.travel to overseas (Singapore also consider overseas , right ?) hahahha
4.umrah, insyaAllah. really have to work hard on this azam. 

Having boyfriend for getting married not in the list yet. Since I just have been dumped on end of 2017. 

Bye. 

Wednesday, October 18, 2017

Pulau Perhentian Our Memorable Vacation (but not sweet)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum!

Alhamdulillah masih hidup, masih aman, masih tenang (kadang kadang tak), dan masih bernafas. So here we go. Alhamdulillah vacation tahun ni aku dapat pergi Pulau Perhentian, Pulau Aur dengan Kota Kinabalu, Sabah. Looking forward for more interesting and enjoyable vacation! 

Okay kalau vacation orang suka tanya bajet. 

Sum up everything semua aku habis almost RM 600. Aku pergi Perhentian Kecil (ke eja dia Kechil ?) don't care, haha. 

Aku duduk dekat Fatimah Chalet, kitorang pergi berenam. Dalam chalet tu ada dua king size dengan satu katil bujang.

Ni itinerary aku. Lain orang lain lah itinerary dia kan ! 

27/07/17 
Since aku pergi naik bas dari TBS, so aku memang saja gerak awal. Kena naik bas dari Larkin lepas tu malam baru la gerak dari KL. Cost bas JB-KL-Terengganu (Hentian Besut)
RM 80 (lebih kurang). Hentian besut tu memang dah dekat jeti dia, kalau bas kul 10 malam pukul 5 pagi dah sampai Besut. Dekat dekat dengan jeti tu ada hotel dengan surau. Yang muslim boleh solat subuh dekat situ. Kena ingat eh dekat situ kalau hari jumaat diorg buat sujud tilawah. Jangan ingat ajaran sesat pulak sujud dua tiga kali. Hahahha. 

Ada hotel, nama hotel tu Hotel Ain. Kalau taknak pergi masuk pulau boleh tidur hotel tu patu buat one day trip ke apa masuk pulau. Oh ya, ada kedai tempatan makcik tu ada la jual nasi dagang. Oh ya ada 7 eleven jugak. Kalau nak bungkus makanan dekat sini ya anak anak. Kalau dekat jeti tu sana mahal nak mati. Apatah lagi dekat pulau, Maggi pun RM 8. seolah makan McD. hahaha. 

28/07/17 
Aku bungkus makanan dekat jeti, mahal gila okay. Yelah diorg jual ayam emas agaknya. Aku beli milo ais sementara duduk tunggu agent pun dah RM 3. Nasi dengan lauk ayam RM 11. Kau rasa ? Okay takyah rasa pape, sebab aku yang bayar. Lepas tu nak jadi cerita, agent aku ni dia lepas tangan gila. Ntah dekat siapa siapa dia suruh kitorang jumpa, batang hidung dia pun tak nampak. Okaylah kitorang cool lagi. Lastly naik bot apa semua dalam kul 10 pagi sampai perhentian dalam kul 11 jugak lah. Lepas tu ntah ceruk mana tak silap Coral Bay diorang campak, cakap check in kul 12. Otak dia, ingat aku dari 5 pagi tu kot menunggu apa semua. Bilik tak siap la apa la. Sekali tu dah tunggu dekat setengah jam, diorang cakap bilik tak ada. Haah bergurau, lepas tu bawak kitorang pergi mana tah. Bawak pergi Long Beach, bagi chalet buruk gila. Bilik air dia eeee geli wehh lepas tu satu je katil queen untuk 6 orang !!! Aku call agent cakap dia kena selesaikan jugak masalah lepas tu dia baru bagi chalet yg best. Mahal oi bayar RM 260,memula janji Rock Garden la apa la. Boleh nampak pantai, tempat selesa bagai. Hmm janji dicapati last minute cakap harga naik.

Lepas tu first day tak buat apa sangat. Mandi main pasir feel the joy of the scenery lepas tu dah malam lepak tepi pantai tidur. Perhentian ni banyak anak anak pulau. Yang Long Beach ni kira tenang jugak tapi kalau nak meriah dan ramai gila orang Coral Bay la. 

First day aku makan maggi dengan makanan dari jeti. 

29/07/17 
Snorkelling seharian, the best part aku kan first time snorkelling. So mabuk masa la tu jugak nak datang. Jadinya aku cuma muntah muntah atas bot lepas tu dah. Check point akhir baru aku turun. Takut pun punca aku tak turun. Hahaha. Tapi abang bot bawak kitorang tu sporting, bot kitorang ramai perempuan, dlm 15 orang, sorang je lelaki. Hahaha.
Tapi dah balik rasa rugi gaiss tak turun. Hmm tapi aku suka tarikh ni. 


30/07/17
Naik uber ke Kota Bharu RM 75 utk 6 orang. Okay kira sendiri ya semua. Lepas tu sampai airport tu kitorang makan KFC dulu bagai. Sebab memasing lapar, flight dalam kul 11.30 pg. Pagi pagi dekat perhentian tak sempat makan kitorang kul 7 pagi dah kena tunggu bot. 
Flight  balik KL RM134 (sebab beli ticket lambat, padan muka)

Maka berakhirlah sudah our memorable but not sweet vacation. 

RM 260(pakej utk 6 orang) + RM 134(flight) + RM 80(bas JB-KL- Terengganu)
= RM 474
(tidak termasuk maggi, makanan kunyah kitorang tah apa apa sepanjang perjalanan 

Aku cadangkan kalau pergi perhentian, amek la pakejsiap makan apa semua. Dan bawak duit yang cukup sebab sana makanan mahal sangat. Sampai nak makan roti canai pun aku terpaksa tahan nafsu tunggu balik darat. Hahaha. 

Alhamdulillah, we have our quality time together. 

thanks for make it happen girls :)
Alin,Iqa,Nurul,Kak Zai, Acoy 

Wednesday, June 28, 2017

Kematian Yang Menghidupkan Part 2- Nenek Aku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 Assalamualaikum!

Itu kisah Joyce, 35 tahun.(refer sini)

Dan kisah aku pulak yg lagi peribadi dan sangat dekat pasal nenek aku yang meninggal baru berapa hari. Masih terbayang bayang dan segar depan mata.

Nama arwah Zaleha Binti Jantan, umur 73 , meninggal sebab strok dan penyakit lain. 
Nenek aku kena strok dua minggu sebelum aku kerja dekat company sekarang.
Masa tu aku tgh tunggu hari untuk resign dari company lama. Aku balik untuk Raya Haji tahun lepas , masa raya pertama lah arwah kena. Masa tu ikut perancangan aku sendiri, aku nak duduk JB dua minggu dan terus cari kerja semula dekat Melaka. 


Perancangan hanya tinggal perancangan.Aku lupa Allah mengatur segalanya. Masa tu takde org lain, ikut perbincangan keluarga aku kena jaga. Mak cakap boleh ke sedangkan aku tak pernah jaga orang tua. Salin pampers, bagi makan dan segala macam keperluan. 

Aku jujur cakap, memang dalam hati taknak. Tapi siapa lagi nak buat, lagipun sepanjang aku belajar dah banyak atok nenek aku tolong. Singkatkan cerita, aku jaga dia untuk 2 minggu. Minggu kedua aku pergi interview dan terus dapat kerja. Kerja pertama aku IV dekat JB dan terus dapat.

Allah, mungkin berkat doa dia jugak dan doa mak aku. 

Selama 9 bulan (dari Oktober- June) aku pun dengan mak aku ulang alik tiap hujung minggu rumah  pakcik/makcik aku yg ada dia. Sebab mak aku cakap nak tgk dia, tak tgk mak aku tak senang hati. Macam macam jadi yang menguji iman dan sebagainya. Bukan senang jaga orang tua. Nenek aku tak banyak karenah tapi Allah takkan hadirkan ujian untuk dia dan untuk kita di sekeliling mempelajari. 

Aku suka tgk adik beradik mak aku, berebut nak jaga. Saat ni jugak aku belajar, kahwin tu bukan semata kau nak suka suka. Yang menantu kena terima kalau mak ayah mertua sakit, faham keadaan suami/isteri. Tu salah satunya. Seterusnya aku belajar, waktu isteri/suami sakit bukan masa nak cari lain. Tapi waktu tu kena sedia berkorban wang ringgit dan kena faham yang pasangan perlukan sokongan. 

Selama 9 bulan atok (nenek aku ni, kitorg panggil atok kecik) sakit macam macam aku belajar. Di waktu dia sakit, dia memang jaga solat dia. Solat malam , baca Quran dan kita kalau jadi anak kena ambilkan wudhu untuk emak/ayah yang sakit. Dosa dia kalau tak solat tu jatuh pada kita. Dia dah terbaring, kalau dia tak solat salahlah kita. Itu pentingnya didik diri jadi soleh/solehah dan tuntut ilmu agama. 

Saat akhir kematian dia, anak anak atok semua dapat mengadap. Rezeki atok sebab semua cucu dia pun ada. Sepupu aku ni ada 3 org yg belajar dekat Gontor, Indonesia. 
Diorang hanya akan balik cuti panjang waktu bulan puasa dan raya. Alhamdulillah, atok aku meninggal 10 June /11.45 p.m. & 15 Ramadhan. 

Selamat dikebumikan esoknya 11 June. Ramai yang datang dan rezeki atok jugak. Ada orang nak sedekahkan bacaan 30 juzuk Al Quran. Kitorg tak mintak tanpa sebarang upah atau apa. Tapi sebuah pusat tahfiz ni yang nak dengan rela hati. 

Selamat berehat atok. Semoga tenang di sana. Kami sayangkan atok dan Allah lebih sayangkan atok. 

Moga mati kita dalam khusnul khatimah, insyaAllah. 
Mak aku pesan jangan lupa doa ni dalam setiap solat dan sujud kita. 

Yang tua atau muda pasti mati. 
Cuma cepat atau lambat menjadi perhitungan.