assalamualaikum wahai pengunjung sekalian !! thank youu sudi datang

Friday, April 27, 2012

Rakyat Malaysia Seorang Yang Prihatin !

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

ok terus pada intro.oh ye before that :

aku dah dapat balik dashboard lama tu.heh,puas jugak hati aku.tapi,bukan tu yang aku nak gebangkan sebenarnya >.<

aku nak cakap yang aku terharu sebenarnya bila check kat statistic ada jugak rupanya orang yang German,States melawat blog huduh ku ini.tapi aku bukan nak tunjuk keterharuan aku kat sini. *waving friendly to you*

arghhhh.ape ni ? semuanya bukan . kau nak kena lempang eh Ayien ? baik kau cakap cepat sebelum aku tapak muka kau guna kasut saiz doplohpatinci.cepat laaa.

finefine,aku nak bagitau la ni.ding ding ding.bunyi ranting patah.haha.

sebenarnya kan..

aku nak cakap yang...

rakyat Malaysia...

PRIHATIN ! 

bukan kepoh,tapi PRIHATIN.

BUKTINYA IALAH :

1)Cuba kau jadi pandai dapat sepuluh ratus ribu A+
Amalina tu kawan baik aku dari sekolah rendah lagi.Aku panggil dia Mel jek.Nama kampung ape tah aku dah lupa.Dia lama sangat duk nun kat Amerika sampai aku lama tak guna nama kampung dia tuh.kalau chatting tu main i you jek.lepas tu,bila ada gosip dia dengan Mamat Sepah.eh salah.Mat Saleh la,pakai baju cantik overdose.Dia jadi risau.aku cool kan dia,aku cakap..you buat relax sudah.rakyat Malaysia ni prihatin dan penuh kasih sayang.Mel senyum jek :)



2) Kereta berlanggar dengan UFO
Seperti yang diketahui umum,aku kan pemandu peribadi kepada jet peribadi UFO :)
Korang mesti la dah tau kan ? sebab cam aku cakap : rakyat Malaysia PRIHATIN !
kadang kadang penat gak ahh nak layan alien alien ni semua . kerja diorang nak berjalan je.bila bosan duduk marikh,aku bawak la pergi bumi kan.lepas tu cam biasa la,langit tak selalunya mendung kan.pemandu tak selalunya betul.ehh.tetiba on the way aku nak mendarat kat Perak , aku terlanggar Mercedes Datuk XYZ.terus semua orang yang tengah syok mandu berhenti sebab nak tengok aku dan mercedes tu.see ? PRIHATIN kan rakyat Malaysia :)

3) aku lupa la.ape ek ? korang la sambung buat entri ni.

adiosa . !



Wednesday, April 25, 2012

Pengalaman Temuduga Untuk Pertama Kalinya !

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 assalamualaikum!

entry ini melebar dengan jayanya.sila bayar cukai sebaik selesai menyemak di sini.:D:D

holalala people there ! hehe :D *sengih panjang rupa kerang separuh basi*
setelah minggu lepas balik balik cerita sama.macam aku sendiri rasa nak gigit biji tauge sebanyak mungkin sebab kekeringan idea kalah purnama mengambang.ok takde kaitan =='

alhamdulillah,hari Isnin haritu aku dah pergi pun temuduga yang UiTM Professional Course @ Certified Accounting Technician.Kalau korang nak tau,bnde ni dia fast track la utk yang nak jadi akauntan tersohor lagi ternama penuh bertauliah lagi kacak bergaya.hamekkk kau,batak sangat ngan pujian kan.aku bagi la :P

course CAT ni setahun je.kira cam asasi la.kalau kau amek DIP paling cepat pun 2 tahun la.jimatkan kalau dapat amek setahun je ? ramai org cakap susah la,tapi kalau struggle insya-Allah boleh go for it la tu :)

then after CAT ni,boleh terus further ACCA,UNTUK JADI AKAUNTAN.ACCA ni panel penemuduga pun cakap susah.tapi dia dalam 3 tahun jek kalau kau keputusan bababoommmm la senang cita.plus minus,dalam empat tahun study kau dah boleh kerja la after that.senang kan ? tapi kena ingat,bukan senang nak berakit ke hulu hilir.eh.

ok back to the topic.



aku bertolak ke Nilai dalam  Ahad petang la.mse beli tiket Jumaat tu,tak syak pun diorang budak ulat beluncas ke ulat sampah ke,so aku ngan mak aku beli je la tiket.nak beli tiket Transional tapi tak nampak pun kaunter diorang.

ikut tiket yang mak aku tempah tu,dalam kul 4 ptg sepatutnya kena bertolak.tapi disebabkan masalah entah ape2 disebabkan ulat2 ni,sampai la bas akhirnya bergerak jugak dalam kul 5.30 petang.itu pun after kitorang main pindah pindah bas !
bas gerak pun agaknya sebab aku calling ngan adik aku,aku balik2 sebut word "marah!marah"
so,agaknya ulat2 ni dah cacing kepanasan sangat dengan bebelan hentakan kitorang.wakkaka.padan muka kau !!!!!!!



bla2..sampai Nilai.makan,tido,bangun tido kul 5 pg ! Nilai ni uma pakcik aku,so dia la yang tolong hntr ke uitm shah alam tu.then...sampai la hari dan detik yang dinantikan !

perghh.aku ni kira org terawal la yang datang.semangat gila aku.panel pun tak sampai lagi. *muka simpati mintak markah lebih*apa lagi.bermaharaja merong mahawangsa la aku kat situ time tak ramai orang.kuak lentang kuak rama rama semua aku buat.mcam office sendiri jek aku buat.k,ni tipu :))


sebenarnya,yang dpt temuduga sama waktu ngan aku di pagi hari ni Qiela.tapi dia sampai lambat sikit.so,tunggu je la dia.aku ready je apa yang patut.reading english essay book.then ada jugak budak tegur2.sorry kay,kalau baru kenal aku konon konon pemalu ahh ngan orang tu kan >.<



rinddduuuu wehhh :')
ok,Qiela takde pun dlm nie.




sampai jek Qiela,salam,tanya khabar.standard la tuu.adat dan budaya jangan dilupa.apa ni ayat skema!?


perghhh.korang yang baca ni mungkin akan cakap ala,apa ade hal.temuduga je pun.ala,temuduga tu kena relaks jek.takyah nak gabra sgt.ala,temuduga paling2 suruh speaking bah
asa urdu.paling tidak dia suruh kau cari cincin dalam air penuh ulat.macam X-Factor pulak.euweuwuwuwuw..
mula mula tu ada esei,tapi 15 minit jek.dia punya tajuk :

Why must it is necessary for you to apply for profesional course / must not more than 200 words



aku bedal la jawab apa yang patut.apa yang boleh.dah dia bagi kertas,kita tulis.kang membazir lak.buat habis pokok yang ditebang jek.buat mencemar alam sekitar je.aku kan manusia pencinta alam sedunia.mana boleh berperangai keji seperti itu.whahaha.

lepas tu,baru la indidvidual punya temuduga,memang kena speaking baikkk punya.aku tak reti okay nak speaking sampai air liur tersembur-sembur.
time aku disoal,memang fuhhh.........................................................................................
................................................................................................mencabar otak akal dan minda.hehe

aku ditanya,pasal latar belakang kita,adik beradik,mak bapak.then,kenapa pilih course ni,kenapa CAT ? minat subjek apa dalam SPM?berapa A SPM ?BLA2....AKU MALAS NAK TAIP PLUSPLUS NGANTUK.SEBAB AKU TAK TIDUR SIANG !

AKU PUNYA JAWAPAN SENANG JE :

i think..ermm..ar... *kenyit mata sebelah mintak simpati*

aku sangat mengharapkan UIA,ASASI BI.



alhamdulillah,hari ni keputusan matrik keluar.aku dapat kat JOHOR.cayalahh.tapi member aku ramai gak dapat kat n9.whatever it is,Alhamdulillah.tahniah utk yg dapat.yang tak dapat tu bukan bererti kau kena akhirkan hidup kau smpai sini jek.ingat tu ;)


adiosa.!

Friday, April 20, 2012

Tanpa

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 assalamualaikum!

helollooo korang.ehemehem.cerita apakah hari ini yang ingin dipersembahkann.korang eksaited takk ? kihkihhhh.tau la masing masing dalam hati berdebar debar kan nak tau cerita hot aku.okay,kan aku dah perasan.suka hati ahhh.aku kan penggegar dunia . cehh jeles la tu.jangan kau berani menidakkan apa yang benar.hihi.

seperti mana Facebook yang ada Timeline bagai,yang Twitter siap ada new look,tidak ketinggalan juga nampaknya,Blogger tidak mahu kalah apabila mereka turut membuat Dashboard baru.wahwahhh.tahniah ! syabas ! memang anda berjaya memeningkan kepala saya *sigh*

insya-Allah ahad ni aku akan bertolak ke Nilai utk pergi ke temuduga di uitm shah alam untuk uitm professional course@asasi akaun yg diadakan isnin tu.jangan kau tanya shah alam kat mana.pergi la Google kan.apa guna kau pasang internet kat uma,UNIFI bagai,dengan STREAMYX yang konon nya laju kalah siput,dengan BEROKBAND tu kan.utk Google apa yang patut ! hehe.

satu jek,please please doakan aku.semoga semuanya berjalan lancar.semoga mulut aku tak tergeliat lidah nak berkata kata.dan tolong laa.doakan aku dapat asasi BI dekat UIA.serious,aku sangat sangat mengharapkan itu.

aku dah mula berjinak jinak dengan hobi baru . hee :D
apa dia ? ada la.kau siapa nak tau.
nanti ada masa aku bgtau la ye ;)

minggu ni aku betul betul malas nak update sebenarnya.takde story nak update pun iye jugak.

okay,adiosa. !

p/s : tanpa tu jadi tajuk entri sebab entri ni tanpa isi.ENTAH APA APA JEK LA SENANG CITE.

Tuesday, April 17, 2012

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!


Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
 Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
 Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang
click sini utk join ye :)

Saturday, April 14, 2012

Tiga

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 assalamualaikum!

holallaaa.haihaii.ehemehem.takyah nak ramah sangat la kan :)
dah la kau tu pemalas nak update belog,nak update pulak cerita entah ape ape jek.takde langsung kaitan dengan yang hidup mahupun mati.kisah hidup kau aje.bajet orang nak baca la.jangan perasan Datuk K yang glamer sgt la.haih.

korang *ececehhh bajet ramai jek yang baca kan :D
aku nak cerita pasal tiga.tapi bukan kisah orang ada tiga biji kereta yang besar tu.bukan jugak cerita madu tiga.ewahhh kau kemain punya panjang lagi intro.huh.
okay,yang satunya ialah : *sila eksaited
tu diaaaaa !

 Ni la dia cerita pertama aku.Kau jangan nak gelabah buat muka mintak simpati tanya ape bnde tuuu.huh.leklek,aku nak cite la nie.itulah skema pemarkahan SPM utk tahun 2011.aku dapat dari sumber sensasi yang takyah nak dipercayai sangat : Facebook la.ape lagi kan (:

masa mula mula aku tengok gambar ni ada la jugak sendu yang berlagu di jiwa.ewahhh.ye la,gila ke apa . patutlah berbondong bondong dapat A+ dan tak ramai yang gagal.lepas tu pulak,markah G=0.MEMANG PENDIDIKAN 2011 TERBAIK LA SEPANJANG 5 TAHUN.KANN ?
jangan salahkan pelajar kalau masuk U nanti ramai yang jatuh tak bangun bangun sebab mereka telah disedapkan dengan markah sebegini.

aku memang emosi.malas nak pkir dah,kalau tak aku yang sewel >.<

aku tau kau dah ngantuk baca kisah first.pastinya dalam hati korang tu..elehhh ni aje ke citenye.takde la gempak mana.lagi gempak kesah Aaron Aziz warga asing tu menang ABPBH.HAHA.tak siapa nak layan sekali aku ketawa ke ? okay,move on to the next story.


berlagak sombong betul.mcm kau sorang jek dapat kan ?

gempak tak ? gempak tak ? huahuaa.aku tau korang akan cakap ishish budak ni,baru nak pergi temuduga dah berlagak.dah post kat blog.beriye jek macam la kau menang award ABPBH haritu.halamakkkk haii.

takpe,manusia yang keji cam kau memang pkir camtu jek dalam otak.itulah manusia yang nak menjatuhkan sesama sendiri namanya =='
alhamdulillah,aku dapat pergi TEMUDUGA untuk kali pertama ? perasaan aku kau jangan tanya.sebab ... aku cuak la ! aku pun tak tau la apa punya soalan diorang akan tanya.sebelum ni kerja aku duduk rumah jek,macam dah tepu otak.elakkan jek karang dia tanya dua darab dua aku jawab sepuluh.malu kat budak tadika.harhar.aku cuma nak korang doakan semuanya berjalan dengan lancar jek sepanjang temuduga tu.Insya-Allah :')

yang third apa ye ?

oh ye,pesanan tuan blog ni cakap thanks to all bloggers,silent reader,stalker yang sudi baca entri dia yang selalu mengarut meraban tanpa isi ni.tapi dia cakap jugak,kalau nak follow dia cakap thanks :)
rajin rajin la komen entri meraban dia,tapi dia akan follow blog orang ikut ikhlasnya hati dia.

ni TUAN BLOG yang cakap.aku bukan TUAN BLOG.AKU OWNER BLOG jek.

adiosa.!


Friday, April 13, 2012

Hasil

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

hallo hallo ! hai korang . hikhikkk.apakah khabar ? sejak tak sekolah nie baik Bahasa Melayu atau Bahasa Urdu aku memang selalu la tunggang terbalik cacamarba jadiknya.Maklum,budak tak sekolah memang speaking jek kerjanya.Okay,aku tipu.Saja jek gebang lebih lebih penambah perisa penyedap cerita.emmm...lazatnya.haha !

harus anda anda semua tahu sejak la habis SPM aku tak pernah keje sampai la sekarang.kerja aku join makcik makcik area rumah aku bergosip mengata mengumpat anak orang tak sudah sudah.aku la ketua.okay,tipu lagi.makcik area sini semua aku tak kenal sgt.dah kerja aku duduk dalam rumah mcm tunggu orang meminang  jek cmne nk kenal diorang kan ^^

mak aihhhh....bosan la tu baca blog aku ?mukadimah jek tak cukup dua baris ayat kan. suka aku la.yang penat menaip kan aku.yang penat membebel tak tentu hala pun aku jugak.korang lepas baca entri aku ni jangan lupa catat  dalam buku nilam =P
mana lah tau menyumbang kepada award yang korang bakal dapat = anugerah nilam ( kalau tak silap inilah anugerah paling tinggi kan ?)


ha..yolahh tuuu.   


bila dah hari hari duduk rumah aku dah jadi muak bosan meluat.huh.tv punya siaran aku dah hafal.tapi,maklum la, aku mana ada astro kan.tu yg boring jugak la tgk tv biasa jek.hantu betul aku ni.tak bersyukur kan,negara lain nak senang lenang tengok rumah sendiri pun tak dapat.ishish.thanks Allah :')


selain tengok tv,aku baca jugak novel.ni memang hobi seumur hidup.tapi walaupun aku dah jemu la jugak kadang kadang sebab senario penceritaan kadang kadang hampir sama jek.gaduh gaduh baik lepas tu terus bahagia.hmmm.apa apa pun aku memang tabik tabik spring dekat penulis novel di MALAYSIA nie.sentiasa berusaha untuk terus menghasilkan apa yang terbaik ! cayalahhh.


sebenarnya,nak menjadi seorang penulis yang dapat menulis cerita dengan jayanya bukan senang tau.kena banyak imaginasi.banyak ilmu.banyak pengalaman.kena banyak buat research.dan paling penting kena banyak tengok drama Melayu atau omputeh malahan jika perlu drama drama Indonesia jugak supaya cerita yang disampaikan tu berbeza dan mempunyai keunikkannya yang tersendiri,kan ?

huh.aku berkata kata beriye segala mcam la aku pernah jadi penulis.takpun sebenarnya..tapi aku memang ada bercita cita hendak ke arah itu.sebab menjadi penulis novel best apa ! dapat menyuarakan pandangan yang tidak terluah.
dapat menyatakan hasrat hati yang terpendam.paling penting dapat duit hasil royalti yang masyuk.hha.keji betul otak aku.sebenarnya paling penting kalau dalam sesuatu novel tu membawa makna yang mendalam dalam hati pembaca.membawa erti positif dalam kehidupan realiti.itulah tanggungjawab paling penting :)


adiosa . !











Wednesday, April 11, 2012

Pilih

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

Harap maaf . setelah kedua-dua entry aku asyik iklan jek.harapnya kali ni bukan iklan lagi.hoyeahhh.

Result SPM rasanya dah jadi topik yg berabad lamanya.aku malas nak kira dah berapa minggu yang lalu.huhu,after keputusan SPM tu hidup aku takdelah berubah tigaratusenampuluhdarjah tapi adalah jugak berubahnya,alaaa...itupun kejap jek ^^
yang berubahnya masa tu konon konon aku busy la check internet bagai dengan scholarship segala.padahal takde la semuanya aku layak pun :)
saja jek cari cari utk member yg dapat keputusan the BOOM.

Dah konon konon aku sibuk survey biasiswa bagai , dengan permohonannya segala.aku pun masa tu terumbang ambing lagi,bila orang tanya mohon mana ? nak amek course ape ? seriously said,i don't know the answers :)
UPU tu ada lapan pilihan.aku kena la buat semakan kelayakan segala kan.memang jenuh la aku nak isi satu satu . bukan senang okay , paham takk ? so,when the people keep on asking me all type of questions,sometimes i just want to ignore them . but....i don't have any choice.! wahhh speaking pulak aku ye.Yelaaa,kalau aku tak jawab kang sia sia kena cop sombong berlagak kurang ajar.

tarikh tutup permohonan UPU tu seminggu selepas SPM keluar.Memang kelam kabut jugak la masa tu.tak tau nak amek course ape dengan keputusan yang sedemikian.bila buat semakan kelayakan,aku buat survey sekali pasal sesetengah course.pasal subjek subjek yang perlu dipelajari,lokasi kampus,peluang kerjaya(ni paling penting) dan sibuk tanya org sana sini.
ada yang memang aku berminat sangat nak amek.kalau ikut syarat khas kursus yang ditawarkan memang aku layak.tapi,aku sendiri kena sedar dgn kebolehan diri,kan ?

aku saje jek letak




aku sangat berminat utk amek kursus aeronautik,tapi bila hasil kajian aku mendapati....(ecehwahh) fizik add maths aku kena mantap! Jadi aku batalkan aje permohonan tu . Dan masa tu jugak aku memang berniat nak lari dari akaun,tapi sebenarnya bila aku google jugak,Seni Kulinari pun ada account as a minor subject.jadi,memang tak boleh nak lari mana lagi la kan ^^
tapi aku rasa sangat best la masa dapat pegi program Jom Masuk U hari tu. cth soalan soalan yang aku tanya bila tiap tiap booth yg aku pergi tu :

1)pergi UIA - BUKAN BOOTH PERTAMA AKU PERGI PUN SEBENARNYA
-nak masuk UIA tapi takde asas Arab boleh ke ?
+blh je,kita wajibkan pelajar ambil subjek Arab sebab diorg nie msuk UIA.tapi setakat ni takde lagi org yg fail Arab la.sebab kalau belajar pun cuma benda basic jek,cthnya apa tu epal in arab ?  :D

-dekat UIA ada asasi BI kan ? kalau nak amek asasi kat sini then DEGREE TESL kat uni lain blh tak ?ada ke DEGREE TESL kat UIA nie ?
+tak digalakkan utk keluar dari UIA.kalau dah amek asasi kat sini,finish up everything kat sini la.DEGREE TESL pun memang ada kat sini.

-berapa pointer yg kena dapat kalau dah final exam tu ?
+kalau utk course asasi yg sains tu memang kena 3.5 above la.tapi kalau cam asasi BI ke apa 2.5 !

2)UITM

-asasi TESL tu ada tmuduga kan ? dah tu kalau kita gagal masa temuduga kiranya memang tak dapat masuk U la eh ?
+haah sebenarnya temuduga ni utk uji pengetahuan pasal isu semasa dan pengetahuan am.dan kalau tak lulus dengan jayanya temuduga tu,awak akan diambil masuk u masa second intake la jawabnya.

-tmpt tmuduga pulak katne ?
+tgklah mana awak duduk kan . kalau awak duduk JB takkan dia nak suruh ke Selangor pulak.

-kalau gagal memang kena buang terus dari UITM ke apa ? pointer pulak camane ?
+memang kalau awak gagal memang kena terus buang dari UITM la.pointer mesti sekurang kurang nya 2.8 !

-akaun pulak camane eh ?
+akaun kat u dengan kat sekolah tak sama.dekat u dah tentulah belajar dari awal awal,hal dari debit kredit lagi.sebab akaun kat u memang totally english :)

~tanya punya tanya rupanya org yg ditanyakan tu pensyarah akaun.dia siap bagi warning awal awal lagi : kalau awak tak suka membaca jangan amek akaun.sebab akaun subjek MEMBACA.AKAUN CUMALAH BASIC TAMBAH TOLAK JE.

got it ?

3)UTM-ADA KURSUS AERONAUTIK !

-Saya bidang akaun blh ke amek kursus dip aeronautik nie ?
+ehh takde mslh la.awak nak amek dip mekanikal then degree baru amek aeronautik pun blh.tapi nak study aeronautik memang susah la.tapi gajinya memang best ! kalau amek dip kuar jek akan jadi pembantu ke ape.kiranya mcm kerja as technician la.tapi kalau awak amek degree keluar jek terus jadi mekanik kapal terbang la.

-location dip utm?
+kat KL .

-betul kes UTM yg suka tendang tendang membuang-buang mahasiswa ?
+mana ada.tu 20 tahun lalu.kita takdenya nak buat semua tu , kita akan bagi 'rehat' satu sem lepas tu sem berikutnya baru boleh daftar balik .

-betul ke kalau masuk UTM , belum grad pun dah dapat kerja ?
+eh mana tau nie ? *dgr org ckpla*
yup,betul tu sebab dekat UTM ada diajar camne nak buat resume dan menghadapi temuduga.kebanyakkan,pelajar UTM ada jek yang buat dip,degree,master semua kat sini.ada jugak pensyarah UTM ADALAH PELAJAR UTM .

4)UNISZA

-Kalau amek DIP TESL boleh terus jadi cgu BI ek ?
+tak boleh.tapi kalau nak sambung DEGREE TESL kat uni lain boleh jek :)

ha tu la rasanya soalan soalan yang sempat aku terjah diorang . alhamdulillah,permohonan UPU 2 April haritu dah tutup.Insya-Allah itu adalah pilihan terbaik aku.

adiosa . !








Pertama Kali :) *Konon Wordless Wednesday !

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!

Monday, April 9, 2012

Terima :) *Bukan Aku Terima Nikahnya Okay ?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 


 assalamualaikum!


It's Almost Cost Nothing !

 Haih.Korang kena baca jugak sampai habis entry aku bersulamkan iklan.Okay jap.Nak promote dulu.Aku tau ramai tertanya tanya apakah butiran entry aku hari ni? Ya,itu dia.Aku nak promote celcom XPAX.aku kan promoter tidak bergaji sejak menjadi penanam anggur dari habis SPM LAGI *SOBSOB* . kihkihhhhh.serious weyh,pakai lah celcom.MURAH GILAAAAAA.hakhakkkk.nak call orang ke apa takyah la pkir dua tiga ratus kali . Takyah la nak pkir kredit aku terbang dibawa angin lari ke ape.Korang boleh borak sampai suara serak keluar pun tak apa.Takyah la nak tunggu free call yang setahun sekali tuh utk bergayut mcm errr *lu pkir la sendiri kan ^^
Jangan berlengah ! Sila gunakan wang anda sekarang utk membeli celcom XPAX.weh CEO celcom,kalau hang nmpk dan bca entri aku nie.sila bagi komisyen . takyah byk sgt , sepuluh ratus ribu pun jadi la.hihi.

p/s : sebenarnya aku nak tulis pasal bnda lain.standard la kan kalau iklan banyak dari story.maafkan saya (stail Zizan cakap kat ABPBH smlm) hehe :)




Menang !

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 assalamualaikum!

walaweyhhhh.I just got back home from Genting . Nak menyaksikan AA amek piala tu kan ^^ Haha.Merasa lah jugak naik kereta dia yang baru tu.Alaa...korang jangan la jeles sgt.Sebab aku pun memang buat cite bohong jek sebenarnya.

Tahniah la Aaron atas kemenangan kau tuh kan . Menang besar !

Cayalahhhh Lu Dear :)




Friday, April 6, 2012

Seikhlas Hati :D

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

 assalamualaikum!

alhamdulillah,hari ni rajin aku dah datang dah.haiphaipppp.*Regangkan otot badan.Okay,set go! haha :) ape lah yang aku beriye sangat.hari nie mood aku nak update blog datang dengan begitu rajinnya tanpa dipinta.ecehwaahhh.

Ini semua kerana pelakon fevret kitewwww ada dekat hotfm.sukasuka ! *loncatloncat sambil tergedik penuh keriangan dan kegembiraan* oh maaf,saya memang ada dos gedik yang melampau banyak dari orang dulu kala,kini mahupun orang biasa.tapi...saya bukanlah alien.mueheee.apakah mencarut sangat aku pagi nie ? 

kita suka lah awak sebab Aaron Aziz kita ada dekat Hotfm.phewwww.Abang Besar sudahh mari.fuhh...kita cair tau tengok dia berlakon dalam Nora Elena.Sangat COOL dan RELAKS lagi SANTAI . hihi . taiko romantik tau. apa pun bolehlahhh.cayalahhh.

walaupun banyak sangat halangan menduga dengan  kes i/c lah . kes kuku . hakhak.ape laa euweuww sangat entry aku hari nie.kan dah lari dari tajuk asal.kihkihhhh

sebenarnya aku nak cakap pasal unfollow or follow blog.haishhh.suka hati deme la nak follow ke tak blog ambe nie.muahahaa.hari nie aku check blog jek,eh eh macam ada anak ayam yang kurang satu pulak.kahkahhhh.kena makan musang kot.padan muka kau.

ada aku kisah.?kau nak follow aku cakap thanks :) kau tak follow pun takde hal la. jangan follow sebab harapkan aku follow kau balik.pelisss deh.i'm not that kind of blogger.Akhir kata,follow lah daku seikhlas hatimu.haih.

adiosa . !

‘’MegaGiveAway by Penmerah.com’’

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

assalamualaikum!