Kem Kepimpinan Pengawas,PSS,PRS SMTJB di Kem Kaizen,Gunung Pulai,Pontian Pada 25-27 Februari 2011

assalamualaikum!

korang,aku mcm tak percaya kali terakhir aku balik rumah masa cuti hari raya cina bulan 2. lepas dari tu aku tak balik.curi curi bukak blog kat perpustakaan pun tak ada.baik tak.ewahh.mana ada org baik kata dia tu baik kan?betul!betul!betul! (ala ala upin ipin)

serious korang nengok dekat kad outing mcm tak percaya jugak.member member semua pon mcam percaya tak percaya jek.tiap tiap minggu aku ade program.kursus BI lah.sekolah ganti lah.lepas tu ade minggu tak boleh balik.kalau balik pun hari sabtu balik lepas tu hari ahad datang hostel semula.citt.poodaahh.malas aku.kalau mcam tu takde lah feeling balik rumah kan?

 Part 1
minggu lepas orang lain balik aku dan mereka mereka(pengawas,ajk asrama,librarian) yang lain dok bertapa kat Kem Kaizen,Gunung Pulai,Pontian.Kalau waktu cenggini untuk hari pertama aku tengah tunggu turn untuk night walking masuk hutan sensorang.mula mula feeling memang takut gler kot.lepas dah time aku tu.ahh redah je lah.mule mule takot lah gak.dengan hantu momok babi hutan segala bagai.tp aku tau ler kat dalam hutan tu msty ade jek abg abg coach and kakak kakak yg tengah tengok kami.dah lah aku rabun ayam.satu hapah aku tak nmpk. naseb lah.kena ler berpaut kat tali yg kami kena pegang sebagai panduan.dah lah lalu tepi tepi jurang.ade satu kali tu aku hmpir nak terjatuh nasib baik sempat paut dekat tali.kalau tak naya jek.sape nak cari tengah tengah malam gtuu kan.

org lain semua cakap ade dengar bunyi oink oink tu.aku tak tau lah sebab aku ny terlebih sgt kot deria kepekaan tu smpai tak dgr langsung.penat jek sape yg buat bunyi tu tapi rupanya aku tak dengar =.= masa nak masuk hutan mula mula tu ade ler yg bagi alasn lemah semangat ler,semput dan pelbagai alasan untuk skip kan diri.tapi hanya yang benar benar kronik jek terlepas dari aktiviti ny.dalam sorang dua jek kot.masuk hutan malam malam dapatlah atasi rasa takut aku.then we know how to appreciate the uses of our eye.aku no 69 kalau ikut giliran masuk hutan.tapi ariena yg no 67 dah bleh smpai dulu.

aku tak ke mana.just lambat berjalan.dah semua kena raba tali tu.naseb baik deria rasa aku berfungsi lagi.kalau tak,tak tau lah mcam mana.dah lah mata blur habes.serious.aku tak nmpk ape ape.dan untuk hari pertama kitorang tiap tiap kumpulan kena kumpul awlnya smpai 120 then dkurangkan smpy 90.kumpulan aku dapat 104.lepas ler tu.kump tak cukup pnjm lah dr kami :) kena interest 40 persen beb.kalau meniaga dah bankrap org tu kami kerjakan.name jek aku bndahari tapi tak guna sebab aku boleh tinggal duit kat tempat kitorang duduk waktu briefing night walking tu.sia sia org semua bengkek ngan aku.yes,it's my fault.tak salah kan mengaku salah.kem kaizen unik sebab dia bagi duit mcam juta ria untuk plus minus markah kumpulan.


Part 2

esoknya pukul 5.15 gtu dah kena kejut sebab nak solat subuh jemaah.alangkan dekat hostel pun aku bangun 1 jam kmudian(6.15).aku pagi tu kemaskan diri then solat subuh siap ade kuliah lagi.kalau kat hostel punya kuliah aku hentam bbual tak pun aku bntai tdur smpai habes kuliah.tp yg first kuliah ny aku dengar lah jugak walau ade masenye aku terangguk angguk macam burung belatuk.haha.then,riadah.mase tu lah ade nyanyi lagu kata sang ulat bulu....lps tu kena lompat lompat.kumpulan kami kena bayar AK 50 sebab ikatan tangan putus.hambek kau bala datang sebab charge interest tinggi sangat.

main sungai acid.smpai tengah hari.dia bagi tikar kecik then kena lah seberang sungai yang konon konon ade acid.kena lah lintas kwsn berpasir a.k.a acid river tu smpai ke penghujung.tikar tu dia potong petak petak kecik.kami kena berpegang tangan dan berinjit injit untuk smpai ke seberang 'sungai' .mase tu kumpulan aku dah nak menang,tapi 'arus' kuat tu yang kalah.kitorang kena mula balik dari awal.akhirnya smpai jugak ke akhir walau tak juara.moral of the story is memang semua orang tak suka nak nengok kalau kita nak berjaya.

petang pnjat gunung pulai.best.lalu laluan berair.even agak bahaya.sebab ade tumbuhan yang berduri.dengan tahap kecerunan 70 darjah.kehausan dan kepenatan tahap melampau.mlm pulak ade program kebudayaan.aku kena jadi penyanyi sengau nyanyi lagu twinkle little star.then ade titanic.wktu ny paling getir.tiap tiap kumpulan nampak sangat nak menang.ketua bisu tapi boleh nmpk.anak buah yang dipimpinnya pulak buta dan tak bisu.masa nak bawak anak anak buah ke tempat yang dituju tu anak buah dengan sesama anak buah tak boleh bersentuhan langsung.


begitu jugak pemimpin.tak boleh sentuh langsung anak buahnye.kumpulan aku kalah.nak buat cmne kan takde rezeki. :(

Part 3

kitorang kena lalu halangan berair.tapi mcam skema jek.baik aku panggil game main lecak lecak air.best sangat.basah basah kan badan.lastly kitorang kena golek golek atas pasir(golek tepung) then 'digoreng'(main kat air kolam).best doe,sangat!inilah akhir nya program kem kami.lepas tu kan masa majlis penutup kumpulan persembhan aku dapat no 2 then untk team dalam kem no 1.kumpulan persembhan dan kumpulan kem berbeza.alhamdulillah.kem ni banyak aku beljar.thanks,coach!


nota kaki :: janggal pulak rasanya setelah sekian lama tak update blog.eh,jom tengok gambar kami.anda pasti jealous.


Comments

Popular posts from this blog

Aku Pergi Wedding Orang India Dekat Temple

Enam Tips Sebelum Pindah Kerja Yang Kau Kena Fikir

Tak Payah Tunggu JADI PERFECT Untuk Tegur Orang Lain :) Manusia Memang TAK PERFECT!