Posts

Showing posts from July, 2014

AFTER A LONG NAP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ  assalamualaikum! Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk menikmati nikmat iman dan Islam. Alhamdulillah Allah masih beri aku peluang dan ruang untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk aku terus menaip di blog ini mencurah rasa meluah hasrat yang terpendam dan meluahkan apa yang terbuku. Kadang kadang menulis itu serba sedikit mampu menjadi pengubat stress . hmm kenapa aku tulis skema sangat nii.  mungkin peralihan umur menginjak ke umur 20 membuatkan aku harus semakin berfikir corak penulisan aku tidak semestinya menjurus kepada kehidupan peribadi sahaja. mungkin juga tidak terlalu tua coraknya kerana aku masih muda hihi. tapi yang pasti penulisan salah satu bidang yang menjadi medium penting buat aku mengasah bakat penulisan yang tidak seberapa ini. siapa tahu masa umur aku umur 50 60 ada cucu cicit yang mengenali aku dengan stalk blog ini. baru dia tahu nenek dia ini takde l